Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PRINSIP PENGELOLAAN ASAS SESI PENGAJARAN, Ahli Kumpulan : Audi, Fatin dan…
PRINSIP PENGELOLAAN ASAS SESI PENGAJARAN
Khusus kepada umum
:pen:Memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi.
Perkembangan isi pelajaran yang berkesan hendaklah di susun dari sesuatu yang khusus kepada umum. Guru hendaklah memilih isi pelajaran yang tersusun dari ciri-ciri khusus isi pelajaran.
:pen:Contohnya sekiranya guru mengajar mengenai hadas kecil dan hadas besar, guru hendaklah menjelaskan dahulu ciri-ciri khusus hadas kecil atau hadas besar , sebelum membuat satu konsep atau pengertian yang umum tentang ciri-ciri yang telah diterangkan.
:pen:Guru perlu terlebih dahulu memberikan ciri-ciri hadas kecil seperti kencing, najis binatang, buang air besar, darah dan sebagainya,Selepas itu barulah guru memberi penjelasan berhubung topik yang berkaitan.
:pen:Prinsip ini akan lebih merangsang murid untuk mengetahui perkembangan isi tersebut sehingga guru memastikan bahawa segala kaedah dan strategi pengajaran yang dijalankan bertepatan dan akhirnya objektif yang ditetapkan tercapai.
:pen:Prinsip daripada yang khusus kepada yang umum berperanan untuk membimbing pelajar mengenali sesuatu tajuk pelajaran dengan menemukan bahagian-bahagian kecil secara beransur untuk disimpulkan menjadi satu fakta atau hukum dan peraturan yang mana bagi memastikan keberkesanannya.
Maujud kepada mujarrad
Menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokuskan kepada benda yang maujud
Mujarrad
- sesuatu yang tidak dapat dilihat dan dirasa
Maujud
- Sesuatu benda yang wujud yang boleh dipegang , dilihat dan dirasa
Sesuatu benda yang wujud yang boleh dipegang , dilihat dan dirasa
:arrow_down:
Sesuatu yang abstrak yang merangsang pemikiran untuk mengetahuinya dengan bukti yang wujud disekitar murid
CONTOH
1) Guru mengajar bahawa Allah SWT itu wujud dan tanda wujudnya Allah ialah dengan wujudnya alam ini.
2) Pengetahuan murid yang sedia ada ialah mereka tahu bahawa setiap benda ada penciptanya begitu juga dengan alam ini kerana ianya tidak akan terjadi dengan sendirinya.
Penggunaan prinsip ini ia dapat mencapai objektif dan pengajaran dapat berjalan dengan berkesan dan baik.
Perkara yang diketahui kepada yang tidak diketahui
Guru menggunakan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid dan mengaitkannya dengan pengetahuan dan pengalaman baru (Shahabuddin Hashin et al., 2007)
CONTOH
1) Murid telah mengetahui erti wudhu’ atau cara berwudhu’(meniru perbuatan ibu bapa mereka),
2) Seterusnya guru memperkenalkan anggota wudhu’ yang wajib dan sunat serta sempadan setiap anggota wudhu’ tersebut dan cara mengambil wudhu’ yang betul.
Prinsip ini memberi penekanan kepada amalan yang teratur
di mana bermula dari pengalaman yang ada sedikit pada murid dan ianya dikembangkan kepada yang belum diketahui kepada belum diketahui seperti
guru memperkenalkan anggota wudhu’ yang wajib dan sunat, sempadan setiap anggota wudhu’ tersebut dan cara mengambil wudhu’ yang betul.
Mudah kepada Susah
Guru akan mengajar konsep yang mudah dahulu sebelum kepada konsep yang lebih susah.
Menarik minat pelajar untuk memahami isi pelajaran.
Contoh pengajaran ibadah :
Mulanya murid dikehendaki menyatakan erti, bilangan solat fardhu serta nama bagi setiap satunya, bilangan rakaat dan waktunya.
Kemudian murid dikehendaki menerangkan cara menunaikan solat.
Guru meminta murid mengikut pebuatan guru dalam latihan amali.
Dekat kepada Jauh
Contoh dalam ulum syariah :
Contoh diberikan berdasarkan cara murid-murid bersolat.
Ada di kalangan murid yang telah pun mengalami amalan pengetahuan ini sendiri seperti solat lima waktu sehari semalam.
Pengalaman yang telah murid lalui ini adalah hasil tunjuk ajar saudara tertua, rakan sebaya ataupun ibu bapa mereka.
Penyamapaian tajuk solat hendaklah dilakukan dari yang dekat kepada yang jauh seperti bermula dari memperkenalkan waktu solat fardhu dan rakaatnya, niat dan cara mendirikan solat.
Guru dapat menyusun langkah dan aktiviti yang sesuai serta kaedah dan teknik yang berkesan untuk memudahkan mencapai objektif pelajaran.
Di dalam bilik darjah, guru boleh mengesan kemampuan murid untuk memahami pelajaran ini dengan membuat penilaian lisan berterusan seperti soal jawab di samping penglibatan maksimum terutama dalam amali solat.
Menjurus kepada memberi bimbingan kepada pelajar untuk mengenali sesuatu topik dengan membawa contoh yang terdekat dalam proses pembelajaran dan pengetahuan pelajar.
Ahli Kumpulan :
Audi, Fatin dan Munawwarah