Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sungai dan Tasik Utama di Asia Tenggara - Coggle Diagram
Sungai dan Tasik Utama di Asia Tenggara
Sungai Mekong
sungai yang terpanjang di Asia Tenggara(4880 km)
Sungai ini berpunca dari Dataran tibet di utara mengalir melalui Yunan (China), Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Berakhir di Vietnam.
lebih 90 juta penduduk bergantung hidup pada Sungai Mekong terutama pesawah padi
kawasan lembah sungai subur sesuai untuk kegiatan pertanian
lebih 140000 Km persegi padi sawah ditanam di lembangan Sungai Mekong
Menam Chao Phraya
Lembah Chao Phraya kaya dengan tanih aluvium yang subur untuk penanaman padi
Sungai ini merupakan jalan pengangkutan utama di Thailand
sungai ini mengalir dari utara Thailand menuju keTeluk Siam
Bandar raya Bangkok tradisional dengan pasar terapung sehingga diberi nama jolokan ̈Venice Timur̈
sungai yang terpenting dan terpanjang di Thailand(372 km)
sungai ini juga penting untuk mengangkut kayu balak dan barangan pukal
Tonle Sap
perikanan air tawar merupakan kegiatan ekonomi terpenting dan dijalankan sepanjang tahun
sistem pengairan berpunca dari tasik ini membetulkan terusan yang digunakan untuk penanaman padi secara meluas
pada musim kemarau, tasik ini akan menjadi cetek dan kegiatan perikanan giat dijalankan
tasik ini juga merupakan kawasan pelancongan dan kapal dapat mudik ke kawasan tasik melalui Sungai Mekong untuk membawa pelancong
tasik ini membekalkan sumber air untuk keperluan domestik penduduk Kemboja
Tonle Sap terletak di bahagian barat Kemboja merupakan tasik air tawar semula jadi terbesar di Asia Tenggara(2569 km persegi)
Sungai Irrawaddy
Sungai ini merupakan jalan perhubungan dan pengangkutan serta menjadi tumpuan penduduk untuk sumber air dan sumber protein
Delta Irrawady sesuai dijadikan kawasan pertanian terutama untuk penanaman padi
Sungai ini mengalir dari utara hingga ke selatan dan Berakhir di laut Andaman
sungai yang terpenting dan terpanjang di Myanmar (2293 km)
Danau Toba
Danau Toba terletak di Sumatera Utara,Indonesia yang terkenal sebagai kawasan pelancongan
tasik ini terbentuk di kawasan pergunungan
tasik ini merupakan tasik vulkanik yang terbentuk akibat ledakan gunung berapi antara 73000 hingga 75000 tahun yang lalu
Saiz Danau Toba ialah 100 km panjang dan 30 km lebar serta dianggarkan sedalam 500 m menjadikannya Tasik vulkanik paling dalam di dunia
terdapat sebuah pulau yang besar di tengah-tengah tasik ini iaitu Pulau Samosir yang terbentuk akibat pergerakan magma di bawah tasik
tasik ini membekalkan sumber air untuk keperluan domestik dan aktiviti pertanian