Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SUNGAI DAN TASIK UTAMA DI ASIA TENGGARA - Coggle Diagram
SUNGAI DAN TASIK UTAMA DI ASIA TENGGARA
Sungai Mekong
• Sungai yang terpanjang di Asia Tenggara (4 880 km).
• Sungai ini berpunca dari Dataran Tibet di utara, mengalir melalui Yunan (China),
Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan berakhir di Vietnam.
• Lebih 90 juta penduduk bergantung hidup pada Sungai Mekong terutama pesawah padi.
• Kawasan lembah sungai subur sesuai untuk kegiatan pertanian.
• Lebih 140 000 km persegi padi sawah ditanam di lembangan Sungai Mekong.
Sungai Irrawaddy
• Sungai yang terpenting dan terpanjang di Myanmar (2 293 km).
• Sungai ini mengalir dari utara hingga ke selatan dan berakhir di Laut Andaman.
• Sungai ini merupakan jalan perhubungan dan pengangkutan serta menjadi tumpuan
penduduk untuk sumber air dan sumber protein.
• Delta Irrawaddy sesuai dijadikan kawasan pertanian terutama untuk
penanaman padi.
Menam Chao Phraya
• Sungai yang terpenting dan terpanjang di Thailand (372 km).
• Sungai ini mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Siam.
• Lembah Chao Phraya kaya dengan tanih aluvium yang subur untuk penanaman padi.
• Sungai ini merupakan jalan pengangkutan utama di Thailand.
• Bandar raya Bangkok terkenal dengan pasar terapung sehingga diberi nama jolokan ‘Venice Timur’.
• Sungai ini juga penting untuk mengangkut kayu balak dan barangan pukal.
Tonle Sap
• Tonle Sap terletak di bahagian barat Kemboja merupakan tasik air tawar semula jadi terbesar di Asia Tenggara (2 569 km persegi).
• Tasik ini membekalkan sumber air untuk keperluan domestik penduduk Kemboja.
• Sistem pengairan berpunca dari tasik ini membentuk terusan yang digunakan untuk penanaman padi secara meluas.
• Perikanan air tawar merupakan kegiatan ekonomi terpenting dan dijalankan sepanjang tahun.
• Pada musim kemarau, tasik ini akan menjadi cetek dan kegiatan perikanan giat dijalankan.
• Tasik ini juga merupakan kawasan pelancongan dan kapal dapat mudik ke kawasan tasik melalui Sungai Mekong untuk membawa pelancong.
Danau Toba
• Danau Toba terletak di Sumatera Utara, Indonesia
yang terkenal sebagai kawasan pelancongan.
• Tasik ini terbentuk di kawasan pergunungan.
• Tasik ini merupakan tasik vulkanik yang terbentuk
akibat ledakan gunung berapi antara 73 000 hingga
75 000 tahun yang lalu.
• Saiz Danau Toba ialah 100 km panjang dan 30 km lebar
serta dianggarkan sedalam 500 m menjadikannya
tasik vulkanik paling dalam di dunia.
• Terdapat sebuah pulau yang besar di tengah-tengah
tasik ini, iaitu Pulau Samosir yang terbentuk akibat
pergerakan magma di bawah tasik.
• Tasik ini membekalkan sumber air untuk keperluan
domestik dan aktiviti pertanian.