Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
10.2 BENTUK MUKA BUMI DI ASIA TENGGARA, 10.3SUNGAI DAN TASIK UTAMA DI ASIA…
10.2 BENTUK MUKA BUMI DI ASIA TENGGARA
Terdiri daripada kawasan tanah tinggi, tanah
pamah, kawasan pinggir laut dan gunung berapi.
Pinggir Laut
Laut yang terdapat di Asia Tenggara adalah seperti Laut Andaman, Laut China Selatan, Laut Jawa, Laut Sulawesi dan Laut Sulu.
Pinggir laut di Asia Tenggara cetek dan dikenali sebagai pentas benua.
Semua negara di Asia Tenggara
mempunyai pinggir laut kecuali Laos.
Tanah Tinggi
Tanah tinggi di Asia Tenggara terdiri daripada banjaran gunung lipat muda dan banjaran gunung lipat tua.
Banjaran tinggi berpunca dari Banjaran Himalaya di utara dan menganjur ke Asia Tenggara bermula di Banjaran Arakan Yoma (Myanmar).
Banjaran-banjaran lain adalah seperti Banjaran Annam (Vietnam), Banjaran Bilauktaung (Thailand) dan Banjaran Crocker (Malaysia).
Tanah Pamah
Kawasan yang subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian seperti penanaman padi.
Kawasan ini berpenduduk padat kerana petempatan dan jaringan perhubungan mudah dibina.
Tanah pamah banyak terdapat di delta dan lembah sungai.
Sebagai contoh, Delta Sungai Mekong (Vietnam), Delta Sungai Irrawaddy (Myanmar) dan Lembah Menam Chao Phraya (Thailand).
Gunung berapi
Beberapa gunung berapi yang masih aktif di Indonesia ialah Gunung Merapi, Gunung Kerinci dan Gunung Krakatau.
Gunung Mayon dan Gunung Pinatubo pula merupakan gunung berapi yang masih aktif di Filipina.
Kebanyakan gunung berapi terdapat di Indonesia dan Filipina.
10.3SUNGAI DAN TASIK UTAMA DI ASIA TENGGARA
Sungai Mekong
• Kawasan lembah sungai subur sesuai untuk kegiatan pertanian.
• Lebih 140 000 km persegi padi sawah ditanam di lembangan Sungai Mekong.
• Lebih 90 juta penduduk bergantung hidup pada Sungai Mekong terutama pesawah padi.
• Sungai ini berpunca dari Dataran Tibet di utara, mengalir melalui Yunan (China),Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan berakhir di Vietnam.
• Sungai yang terpanjang di Asia Tenggara (4 880 km).
Sungai Mekong, Vietnam
Tonle Sap
• Sistem pengairan berpunca dari tasik ini membentuk terusan yang digunakan untuk penanaman padi secara meluas.
• Perikanan air tawar merupakan kegiatan ekonomi terpenting dan dijalankan sepanjang tahun.
• Tasik ini membekalkan sumber air untuk keperluan domestik penduduk Kemboja.
• Pada musim kemarau, tasik ini akan menjadi cetek dan kegiatan perikanan giat dijalankan.
• Tonle Sap terletak di bahagian barat Kemboja merupakan tasik air tawar semula jadi terbesar di Asia Tenggara (2 569 km persegi).
• Tasik ini juga merupakan kawasan pelancongan dan kapal dapat mudik ke kawasan tasik melalui Sungai Mekong untuk membawa pelancong.
Tonle Sap, Kemboja
Menam Chao Phraya
• Sungai ini mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Siam.
• Lembah Chao Phraya kaya dengan tanih aluvium yang subur untuk penanaman padi.
• Sungai yang terpenting dan terpanjang di Thailand (372 km).
• Sungai ini merupakan jalan pengangkutan utama di Thailand.
• Bandar raya Bangkok terkenal dengan pasar terapung sehingga diberi nama jolokan ‘Venice Timur’.
• Sungai ini juga penting untuk mengangkut kayu balak dan barangan pukal.
Menam Chao Phraya, Thailand
Sungai Irrawaddy
• Sungai yang terpenting dan terpanjang di Myanmar (2 293 km).
• Sungai ini mengalir dari utara hingga ke selatan dan berakhir di Laut Andaman.
• Sungai ini merupakan jalan perhubungan dan pengangkutan serta menjadi tumpuan penduduk untuk sumber air dan sumber protein.
• Delta Irrawaddy sesuai dijadikan kawasan pertanian terutama untuk penanaman padi.
Sungai Irrawaddy, Myanmar
Danau Toba
• Saiz Danau Toba ialah 100 km panjang dan 30 km lebar serta dianggarkan sedalam 500 m menjadikannya tasik vulkanik paling dalam di dunia.
• Terdapat sebuah pulau yang besar di tengah-tengah tasik ini, iaitu Pulau Samosir yang terbentuk akibat pergerakan magma di bawah tasik.
• Tasik ini merupakan tasik vulkanik yang terbentuk akibat ledakan gunung berapi antara 73 000 hingga 75 000 tahun yang lalu.
• Tasik ini membekalkan sumber air untuk keperluan domestik dan aktiviti pertanian.
• Tasik ini terbentuk di kawasan pergunungan.
• Danau Toba terletak di Sumatera Utara, Indonesia yang terkenal sebagai kawasan pelancongan.
Danau Toba, Indonesia