Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Peranan guru dalam membina hubungan yang positif di dalam bilik darjah…
Peranan guru dalam membina hubungan yang positif di dalam bilik darjah pendidikan perdana dan inklusif
Bilik darjah aliran perdana
Aspek peranan guru
Persekitaran fizikal
Guru perlu memastikan susunan bilik darjah yang membolehkan guru memantau murid dengan cepat dan mudah
Guru mengenalpasti ruang di dalam bilik darjah untuk aktviti-aktiviti tertentu
Guru perlu memastikan pandangan murid tidak terhalang seperti melihat papan putih di hadapan
Memastikan bilik darjah dalam keadaan yang bersih dan mempunyai pengudaraan yang baik
Persekitaran psikososial
Guru perlu mewujudkan suasana selesa dan mesra
Guru menggunakan bahasa yang mudah difahami dan sopan
Memastikan murid bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
Guru perlu memberikan pemerhatian dan menghormati pandangan murid
Memandang murid apabila bercakap dengannya untuk memastikan berlaku isyarat mata antara guru dan murid
Persekitaran psikososial
Guru perlu menjelaskan dan mendemonstrasi tingkah laku baik yang dikehendaki daripada murid
Pertimbangan yang sesuai dilakukan kepada murid berdasarkan tingkah laku mereka seperti memberikan pujian dan motivasi
Guru memberi maklum balas kepada murid seperti ketika pelaksanaan peraturan dan rutin kali pertama
Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran
Peraturan bilik darjah
Guru megawasi dan menyelia bilik darjah dengan teliti
Guru mestilah memberikan arahan tugasan dengan jelas dan mudah difahami
Melarang murid makan dan minum di dalam bilik darjah ketika guru sedang mengajar
Rutin bilik darjah
Guru mengambil kehadiran setiap hari
Membentuk kumpulan di dalam bilik darjah apabila melakukan aktiviti berkumpulan
Guru memaparkan penjadualan aktiviti untuk hari yang berkenaan
Bilik darjah aliran inklusif
Masalah kecatatan fizikal
Masalah penglihatan
Guru perlu memastikan susunan bilik darjah konsisten
Membekalkan bahan bacaan yang mempunyai kualiti cetakan yang baik dan besar kepada murid
Penyusunan perabot di tempat yang sesuai supaya tidak menghalang pergerakan murid di dalam bilik darjah
Penyakit sawan
Guru mestilah mengalih objek-objek yang berhampiran murid bagi mengelakkan kecederaan
Guru perlulah sentiasa tenang dan yakin serta menggalakan kerjasama antara satu sama lain
Guru perlu memegang murid bagi menghentikan pergerakan murid
Masalah komunikasi
Guru haruslah bertindak sebagai role model dengan menyebut setiap patah perkataan dengan jelas
Elakkan membetulkan bahasa yang digunakan murid di hadapan murid-murid yang lain
Menggalakkan murid memberikan respon dengan cepat