Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sungai dan Tasik Utama di Asia Tenggara - Coggle Diagram
Sungai dan Tasik Utama di Asia Tenggara
Sungai Mekong
Lebih 90 juta penduduk bergantung hidup ada Sungai Mekong terutama pesawah padi.
Kawasan lembah sungai subur sesuai untuk kegiatan pertanian.
Sungai ini berpunca dari Datran Tibet di utara, mengalir melalui Yunan (China), Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan berakhir di Vietnam.
Lebih 140 000 km persegi padi swah ditanam di lembangan Sungai Mekong.
Sungai yang terpanjang di Asia Tenggar (4800 km).
Sungai Irrawaddy
Sungai ini mengalir dari utara hingga ke selatan dan berakhir di Laut Andaman.
Sungai ini merupakan jalan perhubungan dan pengangkutan serta menjadi tumpuan penduduk untuk sumber air dan sumber protein.
Sungai yang terpenting dan terpanjang di Myanmar (2293 km)
Delta Irrawaddy sesuai dijadikan kawasan pertanian terutama untuk penanaman padi.
Menam Chao Phraya
Lembah Chao Phraya kaya dengan tanih aluvium yang subur untuk penanaman padi.
Sunagi ini merupakan jalan pengangkutan utama di Thailand.
Sunagi ini mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Siam.
Bandar raya Bangkok terkenal dengan pasar terapung sehingga diberi nama jolokan "Venice Timur"
Sungai yang terpenting dan terpanjang di Thailand (372 km)
Sungai ini juga penting untuk mengangkut ayu balak dan baranga pukal.
Tonle Sap
Sistem pengairan berpunca dari tasik ini membentuk terusan yang digunakan untuk penanaman padi secara meluas.
Perikanan air tawar merupakan kegiatan ekonomi terpentingdan dijalankan sepanjang tahun.
Tasik ini membekalkan sumber air untuk keperluan domestik penduduk Kemboja.
Pada musim kemarau, tasik ini akan menjadi cetek dan kegiatan perikanan giat dijalankan.
Tonle Sap terletak di bahagian barat Kemboja merupakan tasik air tawar semula jadi terbesar di Asia Tenggara (2569 km persegi).
Tasik ini juga merupakan kawasan pelancongan dan kapal dapat mudik ke kawasan tasik melalui Sungai Mekong untuk membawa pelancong.
Danau Toba
Tasik ini merupakan tasik vulkanik yang terbentuk akibat ledakan gunung berapi antara 73000 hingga 75000 tahun yang lalu.
Saiz Danau Toba ialah 100 km panjang dan 30 km lebar serta dianggarkan sedalam 500 m menjadikannya tasik ulkanik paling dalam di dunia.
Tasik ini terbentuk di kawasan pergunungan.
Terdapat sebuah pulau yang besar di tengah-tengah tasik ini, iaitu Pulau Samosir yang terbentuk akibat pergerakan magma di bawah tasik.
Danau Toba terletak di Sumatera Utara, Indonesia yang terkenal sebagai kawasan pelancongan.
Tasik ini membekalkan sumber air untuk keperluan domestik dan aktiviti pertanian.