Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SUNGAI DAN TASIK UTAMA DI ASIA TENGGARA - Coggle Diagram
SUNGAI DAN TASIK UTAMA DI ASIA TENGGARA
Sungai Mekong
Sungai yang terpanjang di Asia Tenggara (4880 km).
Sungai ini berpunca dari Dataran Tibet di utara, mengalir melalui Yunan (China), Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan berakhir di Vietnam.
Lebih 90 juta penduduk bergantung hidup pada Sungai Mekong terutama pesawah padi.
Kawasan lembah sungai subur sesuai untuk kegiatan petanian.
Lebih 140 000 km persegi padi sawah ditanam di
lembangan
Sungai Mekong.
Sungai Irrawaddy
Sungai yang paling terpenting dan terpanjang di Myanmar (2293 km).
Sungai ini mengalir dari utara hingga ke selatan dan berakhir di Laut Andaman.
Sungai ini merupakan jalan perhubungan dan pengangkutan serta menjadi tumpuan penduduk untuk sumber air dan sumber protein.
Delta Irrawaddy sesuai dijadikan kawasan pertanian terutama untuk penanaman padi.
Menam Chao Phraya
Sungai yang terpenting dan terpanjang di Thailand (372 km).
Sungai ini mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Siam.
Lembah Chao Phraya kaya dengan tanih aluvium yang subur untuk penanaman padi.
Sungai ini merupakan jalan pengangkutan utama di Thailand.
Bandar raya Bangkok terkenal dengan pasar terapung sehingga diberi nama jolokan 'Venice Timur'.
Tonle Sap
Tonle Sap terletak di bahagian barat Kemboja merupakan tasik air tawar semula jadi terbesar di Asia Tenggara (2569 km persegi).
Tasik ini membekalkan sumber air untuk keperluan domestik penduduk Kemboja.
Sistem pengairan berpunca dari tasik ini membentuk
terusan
yang digunakan untuk penanaman padi secara meluas.
Perikanan air tawar merupakan kegiatan ekonomi terpenting dan dijalankan sepanjang tahun.
Pada musim kemarau, tasik ini akan menjadi cetek dan kegiatan perikanan giat dijalankan.
Tasik ini juga merupakan kawasan pelancongan dan kapal dapat mudik ke kawasan tasik melalui Sungai Mekong untuk membawa pelancong.
Danau Toba
Danau Toba terletak di Sumatera Utara, Indonesia yang terkenal sebagai kawasan pelancongan.
Tasik ini terbentuk di kawasan pergunungan.
Tasik ini merupakan tasik
vulkanik
yang terbentuk akibat ledakan gunung berapi antara 73 000 hingga 75 000 tahun yang lalu.
Saiz Danau Toba ialah 100 km panjang dan 30 km lebar serta dianggarkan sedalam 500 m menjadikannya tasik vulkanik paling dalam di dunia.
Terdapat sebuah pulau yang besar di tengah-tengah tasik ini, iaitu Pulau Samosir yang terbentuk akibat pergerakan magma di bawah tasik.
Tasik ini membekalkan sumber air untuk keperluan domestik dan aktiviti pertanian.