Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sungai Dan Tasik Utama Di Asia Tenggara - Coggle Diagram
Sungai Dan Tasik Utama Di Asia Tenggara
Terdapat banyak sungai dan tasik di Asia Tenggara yang mengairi pelbagai bentukmuka buminya. Sungai dan tasik mempunyai peranan dan kepentingannya
Menam Choo Phraya
Sungai yang terpenting dan terpanjang di Thailand ( 372 km )
Sungai ini mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Siam
Lembah Chao Phraya kaya denga tanih aluvium yang subur untuk penanaman padi.
Sungai ini merupakan jalan pengangkutan utama di Thailand
Bandar raya Bangkok terkenal dengan pasar terapung sehingga diberi nama jolokan ' Venice Timur '
Sungai ini juga penting untuk mengangkut kayu balak dan barangan pukal
Sungai Mekong
Sungai yang terpanjang di Asia Tenggara ( 4880 km )
Sungai ini berpunca dari Dataran Tibet di utara,mengalirbmelalui Yunan ( China ), Myanmar, Thailand,Laos, Kemboja dan berakhir di Vietnam.
Lebih 90 juta penduduk bergantung hidup pada Sungai Mekong terutama pesawah padi.
Kawasan lembah sungai subur sesuai untuk kegiatan pertanian.
Lebih 140 000 km persegi padi sawah ditanam di lembangan Sungai Mekong.
Sungai Irrawaddy
Sungai yang terpenting dan terpanjang di Myanmar ( 2293 km )
Sungai ini mengalir dari utara hingga ke selatan dan berakhir di Laut Andaman .
Sungai ini merupakan jalan perhubungan dan pengangkutan serta menjadi tumpuan penduduk untuk sumber air dan sumber protein.
Delta Irrawaddy sesuai dijadikan kawasan pertanian terutama untuk penanaman padi.
Tonle Sap
Tonle Sap terletak di bahagian barat Kemboja merupakan tasik air tawar semula jadi terbesar di Asia Tenggara ( 2569 km persegi )
Tasik ini membekalkan sumber air untuk keperluan domestik penduduk Kemboja
Sistem pengairan berpunca dari tasik ini mebentuk terusan yang digunakan untuk penanaman yang digunakan untuk penanaman padi secara meluas
Perikanan air tawar merupakan kegiatan ekonomi terpenting dan dijalankan sepanjang tahun
Pada musim kemarau , tasik ini akan menjadi cetek dan kegiatan perikanan giat dijalankan
Tasik ini juga merupakan kawasan pelancongan dan kapal dapat mudik ke kawasan tasik melalui Sungai Mekong untuk membawa pelancong
Danau Toba
Danau Toba terletak di Sumatera Utara, Indonesia yang terkenal sebagai kawasan pelancongan
Tasik ini terbentuk di kawasan di kawasan pergunungan
Tasik ini merupakan tasik vulkanik yang terbentuk akibat ledakan gunung berapi antara 73 000 hingga 75 000 tahun yang lalu
Saiz Danau Toba ialah 100 km panjang dan 30 km lebar serta dianggarkan sedalam 500 m menjadikannya tasik vulkanik paling dalam di dunia
Terdapat sebuah pulau yang besar di tengah-tengah tasik ini, iaitu Pulau Samosir yang terbentuk akibat pergerakan magma di bawah tasik
Tasik ini membekalkan sumber air untuk keperluan domestik dan aktiviti pertanian