Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TAJWID - Coggle Diagram
TAJWID
IZHAR
Huruf Izhar ada 6 iaitu : ء , ه , ع , غ , ح , خ
-
Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf Izhar, maka wajib diizharkan bacaan tanpa dengung.
NUN SAKINAH DAN TANWIN
Nun Sakinah ialah nun yang tidak berbaris. Ia kekal pada bacaan dan tulisan dan juga tetap ada ketika wasal dan waqaf. Tanwin pula membawa maksud nun tambahan yang tidak berbaris. Ianya wujud dari segi bacaan tetapi tidak wujud dari segi tulisan.
Hukum
Apabila Nun Sakinah ataupun Tanwin bertemu dengan huruf Hijaiyah yang terdiri daripada 28 huruf, maka ianya akan dibahagikan kepada 4 hukum bacaan iaitu Izhar, Ikhfa, Iqlab dan Idgham.
-
IDGHAM
Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf Idgham, maka bacaan wajib diidghamkan. Idgham ini berlaku kerana terdapat persamaan makhrajnya dan sifat pada huruf tersebut.
Syarat Idgham ialah hendaklah terdiri daripada 2 kalimah dimana kalimah pertama Nun Sakinah atau Tanwin pada akhir kalimah dan huruf Idgham pada awal kalimah kedua tersebut. Apabila Nun Sakinah dan huruf Idgham berada dalam satu kalimah, maka tidak dibaca dengan hukum Idgham.
Huruf Idgham ada 6 iaitu : ي , و , م , ن , ل , ر
Hukum Idgham boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu : Idgham Ma'a Al Ghunnah (kekal dengungnya dengan kadar 2 harakat) dan Idgham Bila Al Ghunnah (tidak ada langsung dengung padanya).
IQLAB
Menukarkan tiap-tiap huruf Nun Sakinah dan Tanwin kepada Mim yang ringan serta dikekalkan dengungnya.
Hukum Iqlab ini boleh berlaku pada Nun Sakinah samada pada 1 kalimah ataupun pada 2 kalimah. Walaubagaimanapun, pada Tanwin hanya berlaku pada 2 kalimah sahaja.
-
IKHFA
Menuturkan Nun Sakinah dan Tanwin diantara Izhar dan Idgham tanpa bertasydid serta kekal dengungnya. Manakala lidah tidak terangkat daripada Makhrajnya dan tidak pula melekat pada pangkal gigi hadapan.