Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
implikasi perbezaan individu dan Kecerdasan kepada guru pendidikan…
implikasi perbezaan individu dan Kecerdasan kepada guru pendidikan jasmani
aspek-aspek perbezaan individu
fizikal
setiap pelajar mempunya fizikal badan yang berbeza. ada yang kurus , gemuk , tinggi dan rendah. sebagai seorang guru P.jasmani hendaklah mengetahui kelebihan dan kekurangan perbezaan fizikal yang ada terhadap pelajar
kognitif/mental
Setiap pelajar mempunyai perbezaan dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya. Murid-murid mempunyai aras kognitif yang berlainan. Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan.Misalnya , pelajar lelaki lagi cepat memahami asas sukan berbanding pelajar perempuan
emosi
pelajar mempunyai tahap emosi yang berlainan.Tahap kecerdasan emosi ini adalah berbeza. Contoh emosi, ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif dan sebagainya. Kanak-kanak lelaki lebih bersifat aktif daripada kanak-kanak perempuan.
tingkah laku
perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial. murid-murid lebih mudah terpengaruh dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru dan kawannya.Misalnya , guru p.jasmani menunjukkan sikap disiplin iaitu menepati masa kepada pelajar tahun 3.mereka akan mengikuti tingkah laku guru mereka.
sosial
Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latarbelakang sosio-ekonomi seperti murid-murid yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang tinggi, maka nustrisi adalah lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga dengan rapi. Di dalam kelas atau di padang, guru perlu mengenalpasti tahap sosial murid-murid dan sentiasa menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
rohani/agama
Kewujudan perbezaan rohani di kalangan murid-murid adalah disebabkan terdapatnya perbezaan budaya dengan kepercayaan masing-masing Sebagai seorang guru p.jasmani , hendaklah bertanggungjawab dengan lebih sensitif terhadap agama dan menggunakan nilai rohani untuk membina kesihatan dan kekuatan minda murid-murid
pengenalan
Khairul Yusri (2007) - perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu.
Tang (1993) - perbezaan individu adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
sebagai seorang guru P.Jasmani amatlah penting untuk mengambil perhatian terhadap aspek budaya , latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi seseorang pelajar.
hal ini kerana , ianya dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di sekolah
kepelbagaian kecerdasan
teori kepelbagaian kecerdasan : Howard Gardner
kecerdasan linguistik
Kecerdasan ini secara dominan dan mahir dalam proses membaca, menulis, bertutur dan berbicara.guru p.jasmani dapat mendidik pelajarnya membaca dan menulis tentang asas kemahiran dalam pendidikan jasmani dan kesihatan
kecerdasan logikal-matematikal
Murid ini lebih dalam kepandaian Matematik dan sistem logik serta berkeupayaan berfikir secara logik dan dapat mengenal geomatrik serta nombor-nombor pengiraan dengan mudah.Misalnya , murid dapat membilang dan mengira skor yang diberikan oleh guru ketika bermain sukan badminton
kecerdasan visual-spatial
Murid-murid ini berkeupayaan membuat persepsi tentang dunia sebenar, menggambar secara grafik di dalam fikiran mereka apa yang mereka alami. murid dapat melakukan simulasi permainan bola sepak tanpa bimbingan guru
kecerdasan muzik
Kecerdasan ini mengenai pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma, melodi muzik dan main alat-alat muzik. sebagai contoh murid darjah 5 dapat mengikut rentak muzik ketika melakukan aktiviti tarian tradisional
kecerdasan tubuh kinestetik
Kecerdasan ini merangkumi gerak badan gimnastik, kawalan fizikal badan, kawalan anggota dan mereka suka dalam bidang sukan, permainan dan mereka cipta gaya menari.murid dapat mengikuti kemahiran gimnastik irama yang ditunjukkan oleh guru
kecerdasan interpersonal
Murid suka terlibat dalam aktiviti-aktiviti luar sekolah, mereka mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi, bersifat kasihan serta berpotensi tinggi menjadi pemimpin sebab mereka mudah mempengaruhi orang lain.
kecerdasan intrapersonal
Murid-murid ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi dengan menunjukkan kemahiran kepimpinan serta mempunyai ciri-ciri berdikari, set nilai-nilai dan prinsip-prinsip tersendiri.
MUHAMAD LUTFI HANIF BIN SHAMSHUL BAHARI (2021122390100)