Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU DAN KECERDASAN KEPADA GURU PENDIDIKAN JASMANI…
IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU DAN KECERDASAN KEPADA GURU PENDIDIKAN JASMANI
Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran
Para pendidik yang peka dan berpengalaman boleh mengatasi keadaan perbezaan murid-murid dengan memperkenalkan pelbagai kaedah pengajaran seperti :
Kaedah kumpulan mengikut kebolehan
Program pengayaan
Progran berunit mengikut kecepatan sendiri murid
Kaedah garak balas
Pengajaran terancang
Memberi peneguhan positif dan peneguhan negatif
Peneguhan positif bermakna guru memberikan pujian atau hadiah kepada satu tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid.
Sebalikknya, jika sesuatu tingkah laku yang dibentuk oleh murid tidak dikehendaki atau negatif guru boleh menggunakan penangguhan nagatif.
Teknik motivasi
Guru mungkin bertemu kumpulan murid-murid yang tidak bermaya, malas belajar, tidak mempunyai cita-cita dan suka ponteng kelas. Mengikut Greece, seorang tokoh motivasi, menyatakan setiap tingkahlaku individu yang berbeza-beza memerlukan satu teknik motivasi yang berbeza-beza.
Seorang yang malas belajar dengan seorang yang tidak mempunyai cita-cita memerlukan tenaga penggerak yang berbeza-beza. Oleh itu, guru perlu biasa dan memahirkan diri dengan pelbagai teknik motivasi.
Mempelbagaikan kaedah mengajar
Strategi pengajaran terbahagi kepada tiga jenis iaitu strategi pemusatan, iaitu pemusatan kepada guru, murid atau pada bahan.
Pemilihan strategi pengajaran oleh guru bergantung pada situasi murid. Pemusatan strategi pengajaran oleh guru bergantung pada situasi murid.
Pemusatan strategi yang dipilih adalah tidak tetap kerana ia boleh diubah-ubah mengikut keadaan semasa murid.
Merancang variasi penyampaian
Guru menggunakan segala kebolehan dan bakat sebagai guru semasa berhadapan dengan murid.
Guru perlu menggunakan semua pencainderanya seperti tepuk tangan, fokus pandangan, gerakan kepala dan gerakan fizikal guru yang berbagai-bagai.
Dengan mempelbagaikan variasi rangsangan mampu menarik perhatian murid.
Guru dikehendaki selalu menukar intonasi suara dan aktiviti pengajaran supaya murid benar-benar terhibur. Banyak kajian menunjukkan murid-murid tidak berminat belajar PJ disebabkan oleh pengajaran guru yang lebih kepada pengajaran teori dan kurangnya kemahiran di padang.
Nasihat kaunseling pembelajaran
Guru perlu mempunyai asas kemahiran kaunseling.
Pasti ada murid yang tidak sanggup berhadapan dengan pembetulan tingkah laku secara terang-terangan. Terdapat juga murid yang memerlukan bantuan rakan sahaja untuk menyelesaikan masalah mereka.
Kepercayaan murid pada guru bergantung kepada perhatian guru kepada mereka
Guru yang memahami masalah murid sahajalah yang mampu menyelesaikan masalah pembelajaran murid.
Menghubungi keluarga
Guru perlu bersedia menjalinkan hubungan dengan keluarga murid untuk berkongsi mengenali tingkah laku murid.
Kemampuan guru berkomunikasi dengan ibu bapa membantu memudahkan guru mengesuaikan teknik-teknik mengajar.
AINAA SAFWANAH BINTI AHMAD (D21121088)
EDUP 2082 PSIKOLOGI PENDIDIKAN