Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PDP BAGI PELAJAR ADHD - Coggle Diagram
PDP BAGI PELAJAR ADHD
Membina Sistem yang Teratur
Aktiviti yang dirancang dan mempunyai matlamat
Direka mengikut keupayaan perkembangan kanak-kanak
Contohnya membezakan buku mata pelajaran dengan menggunakan kod warna dan kod warna tersebut dilekatkan di atas buku.
Kajian lapangan atau aktiviti luar bilik darjah
penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
Guru haruslah menekankan aktiviti ini bebas dan terancang dan memanfaatkan murid.
Kurangkan gangguan
Melimitkan jumlah pelajar dalam bilik darjah
Tidak mendedahkan kepada terlalu banyak ransangan
Tidak memberikan permainan yang memerlukan banyak masa menunggu
Ruang pergerakan yang mencukupi
Benarkan mereka untuk bergerak selagi tidak menggangu proses pembelajaran. Sebagai contoh benarkan mereka ke tandas lebih kerap, mengasah pensil, beri tugasan padam papan putih dan sebagainya.
Juga boleh berikan alat yang tidak berbunyi seperti stress ball untuk release energy berlebihan yang ada.
Peneguhan dalam pengajaran dan pembelajaran
peneguhan yang tetap dan berkala
memberikan token atau hadiah kepada murid apabila mencapai tingkah laku yang diingini.
Penggunaan strategi berpusatkan bahan
Guru wajarlah memastikan bahan yang akan digunakan di dalam kelas merupakan bahan yang relevan, kemas kini dan boleh berfungsi.
Pembelajaran melalui bermain
penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan pengalaman dengan rasa gembira dan seronok
meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.
Pendekatan Konstruktivisme Sosial
membina hubungan sosial, belajar kemahiran memproses informasi bagi menguasai sesuatu ilmu dalam bilik darjah
Membina hubungan dengan rakan-rakan
pembelajaran berkumpulan, sumbangsaran, kolaboratif, simulasi dan sebagainya yang memberi fokus kepada tugasan yang melibatkan interaksi dan dapat mengukuhkan ingatan pembelajaran kanak-kanak melalui permainan dalam pembelajaran.