Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Tafsir Bi al-Ma'thur, 4 Sumber - Coggle Diagram
Tafsir Bi al-Ma'thur
Pengertian: Penafsiran ayat Al-Quran yang menggunakan Al-Quran, Al-Sunnah, pandangan sahabat dan pandangan tabiin. Juga dikenali dengan Tafsir al-Naql
5 Peringkat Penulisan
Peringkat 1: tafsiran secara lisan atau periwayatan. Pada zaman sahabat dan tabiin. Telah muncul 3 madrasah tafsir di Madinah, Mekah, dan Kufah
Peringkat 2: penulisan tafsiran bersama hadith. Berlaku pada zaman tabiin dan tabi' tabiin iaitu kurun ke-2 hijrah zaman Abasiy. Tafsiran di tulis dalam kitab-kitab hadith, dan ditulis bersama dengan pandangan sahabat berkaitan hadith, fiqh dan sebagainya
Peringkat 3: penulisan tafsir dengan jalur sanad terasing dari hadith. Ia berlaku pada zaman atba' tabiin iaitu kurun ke-2 dan ke-3 hijrah. Antara tafsir dibukukan adalah Tafsir al-Nasai (m303H)
Peringkat 4: Penulisan tafsir lengkap bersama sanad bersambung, ia berlaku pada tahun ke-4 hijrah. Pada ketika ini, tafsir dipisahkan sepenuhnya daripada hadith. Dan telah muncul tafsir al-Quran yang lengkap bersama riwayat-riwayat yang ditulis dan pandangan yang ma'thur untuk setiap ayat
Peringkat 5: pengguguran sanad dari tafsir bi ma'thur. Hal ini bertujuan untuk memudahkan para penuntut ilmu tafsir. Mereka menyebut semua riwayat termasuk riwayat sahih dan juga daif. Oleh kerana riwayat tidak ditulis dengan sanad, maka akan menyukarkan untuk menilai riwayat tersebut sama ada sahih atau daif.
4 Sumber
Al-Quran, iaitu menafsirkan ayat Al-Quran dengan ayat Al-Quran yang lain. Contohnya: Surah Al-Thariq:ayat 1 yang bermaksud, (Demi langit dan yang datang di malam hari). Ayat (yang datang di malam hari) diterangkan dalam ayat yang ke-3 yang bermaksud, (ialah bintang yang bercahaya).
Al-Sunnah, iaitu ayat Al-Quran ditafsirkan dengan hadith nabi SAW. Contohnya: Surah Al-Baqarah ayat ke 43 yang bermaksud, (dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat). Ayat ini ditafsirkan dengan lebih jelas dengan hadith Nabi SAW yang bermaksud, (Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat).
Pandangan Sahabat, iaitu menafsirkan ayat Al-Quran dengan pandangan sahabat. Contohnya: Surah an-Nasr yang menceritakan tentang pembukaan kota Mekah dan manusia yang berbondong-bondong memeluk Islam, lalu Ibnu Abbas menafsirkan bahawa saat itu sudah hampir waktu kewafatan Nabi SAW. Hal ini kerana, Nabi diutuskan untuk meneguhkan Islam, maka setelah Islam kukuh, bermaksud Nabi SAW akan kembali kepada pemiliknya iaitu Allah SWT
Pandangan Tabiin, iaitu menggunakan pandangan Tabiin untuk menafsir ayat Al-Quran. Contohnya: Surah Al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud, (kemudian ia menuju dengan kehendakNya ke arah langit). Anis bin Malik (tabiin) menafsirkan "ke arah langit" dengan "Allah meninggikan kedudukanNya merentasi langit"
-