Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TAFSIR BI MA'THUR - Coggle Diagram
TAFSIR BI MA'THUR
-
SUMBER
-
AL-QUR'AN DENGAN HADITH
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ ٤٣
Ertinya: “Dan dirikanlah salat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk.” Surah Albaqarah ayat 43. kemudiannya ditafsirkan dengan hadith nabi S.A.W: “Solatlah kamu seperti kamu melihat aku solat”
[H.R. Bukhari]
AL-QUR'AN DENGAN SAHABAT
وَلَا يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنَّ اِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا Maksudmya: "dan janganlah menampakkan
perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat." Surah an-Nur ayat 31. Ibnu Abbas telah mentafsirkan yang boleh tampak itu adalah wajahnya, kedua telapak tangan dan cincin.
AL-QUR'AN DENGAN TABI'IN
“Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-Baqarah – Ayat 29).
Manakala Imam Al-Tobari r.h pula mentafsirkan dan berkata :
“Istiwa” bermakna paling tinggi selepas menyatakan beberapa pendangan ulama’ terkemudian mengenai pekara itu. Oleh itu, pendapat paling tepat mengenai Firman Allah SWT :“kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit” (Surah Al-Baqarah – Ayat 29).
Ia bermaksud Allah SWT lebih tinggi dari ke tujuh-tujuh langit dan Dia SWT telah mentadbir dengan kekuatan-Nya dan mencipta tujuh lapisan langit.
Ialah tafsir yang bersumberkan Al-Qur'an, As-Sunnah, pendapat sahabat dan juga tabi'in