Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEREDARAN BUMI - Coggle Diagram
PEREDARAN BUMI
KESAN
MUSIM
Ketika bumi bergerak mengelilingi matahari, bahagian bumi atau kawasan yang berlainan di bumi akan condong ke arah matahari pada masa yang berbeza. Hemisfera Utara, Kutub Utara berada di kecondongan yang jauh daripada matahari, matahari akan kelihatan lebih rendah di langit dan waktu siang bagi hari tersebut akan menjadi pendek. Kawasan tersebut akan mengalami musim yang dipanggil musim sejuk. Manakala, apabila Kutub Utara berada di kecondongan lebih dekat dengan matahari, banyak cahaya dan haba yang akan sampai ke Hemisfera Utara.
SOLSTIS
Perkataan 'solstis' berasal daripada perkataan bahasa Latin Sol (Matahari) dan Sistere (berdiam). Solstis bermakna penerimaan waktu siang dan malam yang tidak sama panjang di permukaan bumi. Solstis terbahagi kepada dua (2) peringkat iaitu 'solstis musim sejuk' dan 'solstis musim panas'.
EKUINOKS
Perkataan 'ekuinoks' berasal daripada perkataan bahasa Latin Aequus (bersamaan) dan Nox (malam). Ekuinoks bermakna seluruh permukaan bumi menerima waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam masing-masing. Pada masa ini matahari tengah hari berada tepat di Garisan Khatulistiwa. Fenomena ini juga terbahagi kepada dua (2) peringkat iaitu:
- Ekuinoks Musim Bunga (21 Mac)
- Ekuinoks Musim Luruh (23 September)
MAKSUD
- BUMI BERPUTAR PADA PAKSINYA DAN PADA MASA YANG SAMA BEREDAR MENGELILINGI MATAHARI MENGIKUT ARAH LAWAN PUSINGAN JAM
- BUMI MELENGKAPKAN SATU PUSINGAN ATAU SATU PEREDARAN MENGAMBIL MASA 365 HARI @ SATU TAHUN
- ORBIT BUMI ADALAH BERBENTUK ELIPS. OLEH ITU, JARAK BUMI DENGAN MATAHARI BERBEZA PADA KEDUDUKAN BERLAINAN MENGIKUT ORBITNYA
-