Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Ciri-ciri guru efektif berdasarkan gambar yang diberikan :, Disediakan…
Ciri-ciri guru efektif
berdasarkan gambar yang diberikan :
Gambar 2
Kompetensi Pengajaran & Pembelajaran
Berdasarkan kepada gambar tersebut, guru itu memberikan kerja sekolah yang terlalu banyak kepada murid-murid sehingga mereka berasa letih dan "mentally exhausted". Maka, guru tidak seharusnya berbuat demikian kerana guru perlu memahami tahap keupayaan pelajar dari segi fizikal dan mental mereka.
Gambar 6
Kualiti Peribadi
Bagi gambar 6 pula, guru tersebut memberikan arahan kepada murid supaya melakukan tendangan dengan betul. Hal ini menunjukkan bahawa guru tersebut sangat prihatin terhadap keselamatan murid-muridnya. Perkara ini hendaklah sentiasa diutamakan oleh guru ketika menjalani aktiviti di luar bilik darjah.
Gambar 1
Kompetensi Pengajaran & pembelajaran
Guru tersebut mengaplikasikan pendekatan soal jawab di dalam kelas untuk menilai sejauhmanakah kefahaman dan konsentrasi murid dalam pembelajaran. Hal ini dapat membantu murid untuk sentiasa menambahbaik prestasi pembelajaran mereka.
Gambar 4
Penghayatan Budaya Penyayang
Gambar ke 4 menunjukkan ciri guru yang penyayang. Guru menunjukkan sikap penyayang dan mampu memahami murid memandangkan murid tersebut cuba menunjukkan bahawa dia memerlukan pendekatan yang lebih berlemah -lembut dalam sesi pdp.
Gambar 5
Gambar ke 5 menunjukkan ciri seorang guru yang cuba menjadi role model kepada murid dengan menegur perbuatan dan kesalahan murid. Di sini, guru tersebut cuba membentuk nilai dan sikap baik bagi murid
Gambar 7
Dalam gambar 7 menunujukkan bahawa seorang guru bertanyakan soalan mengenai keberadaan murid tersebut pada 10 hari yang lepas. kejadian ini membuktikan bahawa guru tersebut amat peka dengan ketidakhadiran murid tersebut ke kelas beliau selama 10 hari. hal ini adalah penting kerana murid tersebut berkemungkinan mempunyai masalah yang tersendiri
Gambar 3
Berdasarkan gambar 3, guru tersebut seorang yang komited. Beliau cuba membentuk keupayaan pelajar untuk mengingat dan membentuk nilai pelajar dengan mmeberikan mereka ganjaran untuk masuk ke dalam kelas jika mereka mampu menghafal. Strategi ini membolehkan murid akan berusaha dan bersungguh-sungguh untuk menghafal supaya mereka dapat masuk ke dalam kelas.
Disediakan oleh : Hashemi, Adlina, A'dawiyah