Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengenalan Kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) dan Perkaitan…
Pengenalan Kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) dan Perkaitan Dengan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Sekolah Rendah
FALSAFAH PTV
Falsafah Pendidikan Kebangsaan- “Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, berkemahiran dan berketrampilan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”
Objektif Pelaksanaan PTV
(a) Membentuk kemahiran, kebolehan, kefahaman, sikap, tabiat kerja dan tanggungjawab dalam diri pelajar supaya dapat digunakan secara berfaedah dan produktif.
-
(c) Mengembangkan potensi pelajar dan memperbaiki kualiti hidupnya dengan cara meluaskan lagi kemahiran dan pengetahuannya.
(d) Membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran serta membentuk kecenderungan dalam bidang teknik dan vokasional bagi memenuhi keperluan tenaga manusia terlatih di negara ini.
KONSEP DAN ASAS FALSAFAH
-
Pendidikan ini turut di strukturkan kepada tiga kategori iaitu Institut Vokasional untuk melatih pekerja-pekerja mahir dan separuh mahir, Politeknik sebagai institusi melatih juruteknik-juruteknik dan Universiti untuk melatih jurutera-jurutera.
PTV juga membentuk perkembangan kognitif dan personaliti supaya mereka lebih memahami diri sendiri dan alam persekitaran yang bercorak sosial dan fizikal.
-
-
-
PRINSIP PTV
Menurut Yahya Emat (1993),vokasional berasal dari perkataan Inggeris iaitu ‘vocation’ bermaksud pekerjaan.
Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) ialah pendidikan dalam sebarang jenis latihan yang berkaitan dengan kerja dan kemahiran kerja.
Menurut UNESCO (1980), PTV bukan sahaja melatih seseorang untuk membuat sesuatu pekerjaan dengan memberinya kemahiran dan pengetahuan, tapi juga memupuk perkembangan sifat & watak untuk menambah keupayaan memahami, menilai, melahirkan pendapat dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.