Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sejarah dan perkembangan Pendidikan al-Quran dan Hadis sekolah rendah di…
Sejarah dan perkembangan Pendidikan al-Quran dan Hadis sekolah rendah di Malaysia
SUKATAN PENDIDIKAN ISLAM SR
Akidah
Ibadah
Sejarah Rasul-Rasul
Budi Pekerti
Bacaan Al-Quran
KRONOLOGI 1
• Akta Pelajaran 1961 mewajibkan sekolah-sekolah bantuan kerajaan mengadakan pelajaran agama Islam kepada murid-murid selama dua jam seminggu sekiranya di sekolah tersebut terdapat seramai 15 orang murid Islam atau lebih.
• Akta Pelajaran1961 mula dikuatkuasakan, pelajaran agama Islam telah diadakan dalam jadual waktu pelajaran biasa dengan peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran sebanyak 120 minit seminggu.
• Sukatan matapelajaran agama Islam yang pertama untuk sekolah bantuan kerajaan telah disusun pada tahun 1959 - dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dan dilaksanakan mulai dari tahun 1962 hingga1967
• Isi kandungan pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah mengandungi beberapa perbezaan sesuai dengan tahap dan umur murid-murid
• Sebelum KBSR & KBSM diperkenalkan, matapelajaran pendidikan Islam tidak wajib diambil dalam peperiksaan seperti peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
KRONOLOGI 2
• KBSR telah digubal dan dilaksanakan secara keseluruhannya pada 1983
• Semasa Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan, matapelajaran pendidikan Islam memberi penekanan kepada asuhan dan latihan membaca al-Quran dan asas pelajaran agama Islam yang meliputi akidah, ibadah, sirah rasul dan budi pekerti ; aspek-aspek amali dititikberatkan.
• Kurikulum bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1993 bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
• Matapelajaran pendidikan Islam ditambah satu lagi bidang iaitu bidang asas akhlak Islam – menjadikan jumlah bidang dalam pendidikan Islam kepada 3 iaitu asuhan al-quran, asas syariah islam dan asas akhlak islam
J-QAF
• Program j-QAF iaitu singkatan kepada jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain diperkenalkan pada tahun 2005.
• Bertujuan untuk memperkukuhkan penguasaan jawi,memastikan murid-murid khatam al-Quran di sekolah rendah,mewajibkan pelajaran bahasa Arab dan memantapkan amalan dan penghayatan fardu ain
KSSR
• Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam dibina bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam
• Merangkumi tujuh bidang iaitu al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab, dan Jawi yang dilaksanakan secara modular mengikut keperluan murid
• Proses pentaksiran dijalankan secara formatif untuk melihat perkembangan murid mengikut tahap kemahiran dan kebolehan mereka. Manakala pentaksiran secara sumatif adalah untuk melihat pencapaian murid mengikut gred yang ditetapkan.
• Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) telah diperkenalkan