Terdapat beberapa definisi yang dikemukakan oleh para sarjana Islam.
1) ”satu latihan aqliah, jasmaniah dan ruhiyah bertujuan melahirkan manusia; yang berkebudayaan tinggi, sanggup melaksanakan tanggungjawab sebagai insan yang baik dan warganegara yang berguna", (Khurshid Ahmad, 1973)
2) “proses melaksanakan falsafah Pendidikan Islam dan merealisasikan hasilnya dalam bidang pembinaan, pembentukan dan pemasyarakatan seseorang selaras dengan keperibadian yang digariskan oleh falsafah supaya sahsiah Islamiah dapat terbentuk dalam setiap tindak tanduk, tingkah laku dan sikap seseorang muslim, walau bila dan di mana sahaja berada”, (Miqdad Yalchin, 1977)