Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sejarah Pendidikan al-Quran dan Hadis di Malaysia - Coggle Diagram
Sejarah Pendidikan al-Quran dan Hadis di Malaysia
Sebelum Merdeka
.
Sebelum merdeka, tidak ada satu pendidikan yang seragam di Tanah Melayu.
Sistem pendidikan yang diwujudkan oleh British ialah sistem pendidikan vernakular.
Sistem pendidikan ini dilaksanakan mengikut kepentingan kaum tertentu.
Ciri-ciri
,
Setiap sekolah khusus untuk satu kaum tertentu sahaja.
Setiap sekolah menggunakan bahasa pengantar, buku teks dan sukatan pelajaran yang berbeza.
Sekolah dibina di kawasan tertentu seperti di ladang, bandar dan kampung.
Tidak menyediakan pelajaran vokasional dan teknikal
Selepas Merdeka
Banyak perubahan berlaku dalam perundangan kerajaan di dalam Ordinan Pelajaran 1957 tidak menetapkan kuasa pihak yang menguruskan tentang perbelanjaan melaksanakan pelajaran agama Islam
Bermula tahun 1960,Pendidikan Islam secara formal mula diberi perhatian selepas kemerdekaan Tanah Melayu
Pada tahun 1960, kerajaan laksanakan undang-undang berdasarkan Laporan Rahman Talib. Kemudian, perkara berkaitan perbelanjaan dinyatakan secara terperinci ; segala perbelanjaan berkaitan pelajaran agama Islam ditanggung oleh Kementerian
Kurikulum
Sebelum KBSR & KBSM diperkenalkan, matapelajaran pendidikan Islam tidak wajib diambil dalam peperiksaan seperti peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pada tahun 1979, Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan dasarpelajaran telah mengeluarkan satu laporan menyeluruh berkaitan aspek pendidikan negara termasuklah kurikulumnya. Hasilnya, KBSR telah digubal dan dilaksanakan secara keseluruhannya pada 1983
Semasa Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan, matapelajaran pendidikan Islam memberi penekanan kepada asuhan dan latihan membaca al-Quran dan asas pelajaran agama Islam yang meliputi akidah, ibadah, sirah rasul dan budi
Kemudian, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dibentuk pada tahun 1993 bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
Matapelajaran pendidikan Islam ditambah satu lagi bidang iaitu bidang asas akhlak Islam menjadikan jumlah bidang dalam pendidikan Islam kepada 3 iaitu, asuhan al-Quran,
asas syariah Islam dan asas akhlak Islam
HANIF ZAKWAN