Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengertian, Konsep Reka Bentuk Pengajaran & Peranannya dalam PdP -…
Pengertian, Konsep Reka Bentuk Pengajaran & Peranannya dalam PdP
Pengertian
Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi membina spesifikasi pengajaran dengan terperinci bagi menilai, mengembangkan dan menyenggara sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira unit.
Seels dan Glasgow (1990) menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu displin ilmu dan proses. Sebagai displin ilmu, reka bentuk pengajaran adalah berkaitan dengan proses pengajaran, penyelidikan dan teori tertentu. Proses reka bentuk pengajaran adalah pembangunan spesifikasi pengajaran berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran.
Morrison et.al. (2001) menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif utama yang perlu dilihat ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun daripada pendekatan tradisonal.
Menurut Mohd Arif (2004), pendekatan reka bentuk akan memberi penekanan kepada pelbagai faktor yang mepengaruhi hasil pembelajaran.
Konsep
RP sebagai satu disiplin
Melibatkan penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran yang paling sesuai termasuk proses pelaksanaan strategi pengajaran tersebut
Teori RP menentukan apakah kaedah yang paling sesuai digunakan untuk memastikan pembelajaran berlaku
RP sebagai sains
Merupakan satu kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk, melaksana, menilai dan menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit pembelajaran, samada bersekala kecil atau besar pada semua peringkat.
Merangkumi RP bermodelkan bilik darjah, kurikulum atau produk.
RP sebagai satu proses
Pembinaan perancangan pengajaran yang sistematik dengan mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran
-
-
-
-
-
-