Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 1 : KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN - Coggle Diagram
BAB 1 : KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN
Konsep asas falsafah
Falsafah berasal daripada perkataan asing iaitu “philo” (cinta) daripada istilah Yunani dan “Sophos” (pengetahuan, hikamah & kebijaksanaan).
Gabungan keduanya membawa maksud cinta kepada pengetahuan.
Kamus Dewan Edisi Ke-4, membawa makna pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu yang lain.
The Oxford Companion to Philosphy menyatakan bahawa definisi falsafah ialah suatu kontroversi.
Nigel Warburton (2012) dalam buku beliau Philosophy: The Basics telah menyatakan bahawa falsafah ialah ‘notoriously difficult’ untuk diberikan erti.
Falsafah ialah suatu cubaan untuk mecari kebenaran dan suatu bidang kajian yang komprehensif, holistik dan logikal ke atas pemikiran manusia dalam bidang agama, sastera, sains dan pendidikan.
Falsafah boleh dibahagikan kepada lima bidang utama iaitu metafizik, epistemology, etika, politik dan estetik.
Metafizik - Kajian tentang kewujudan dan sifat kewujudan tersebut. (kewujudan)
Epistemologi – Kajian tentang ilmu yang berkait rapat dengan metafizik. (ilmu)
Etika – Kajian tentang cara manusia harus bertindak. (aksi) . Etika bergantung kepada epistomologi kerana seseorang sukar untuk membuat pilihan tanpa ilmu.
Politik – Sebahagian daripada etika yang mengkaji tentang cara yang sepatutnya manusia berinteraksi dalam masyarakat. (daya)
Estetik – Bergantung kepada metafizik, epistemologi dan etika. (seni)
Konsep falsafah pendidikan
Berasal dari dua istilah.
Falsafah merupakan suatu usaha pemikiran ilmiah yang cuba untuk mengusahakan kebenaran yang umum dan asas.
Russel (1946) mentakrifkan falsafah sebagai sesuatu fahaman atau pengertian antara teologi dengan sains.
Tujuan falsafah adalah untuk mencari dan membuktikan kebenaran serta memberikan arah tujuan untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.
Falsafah Pendidikan adalah kajian berfalsafah tentang matlamat, proses dan segala baik berkenaan pendidikan.
Kepentingan falsafah pendidikan kepada guru
mengamalkan kemahiran profesional
Guru merupakan tenaga iktisas di dalam bidang perguruan.
Guru memainkan peranan yangbesar dalam menghasilkan generasiyang berpendidikan, berkemahiran,berbudaya ilmu dan berakhlak.
Para pelajar mestilah dididikmenggunakan kemahiran berfikir aras tinggi.
berusaha meningkatkan penguasaan bidang ilmu dan kemahiran
Guru perlu menguasai kandungan ilmu dalam mata pelajaran yang diajar, mahir mengaplikasikan teori pertumbuhan dan perkembangan manusia dan berupaya menjadi fasilitator yang baik.
Hal ini akan menjadikan mereka berusaha sebaik mungkin untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan, ilmu pedagogi dan sebagainya.
Ini dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran yang ada pada diri demi meningkatkan prestasi masing-masing.
guru berperanan sebagai pemimpin
Guru jugak bertindak sebagai pembimbing anak murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.
Pada awal persekolahan, murid tidak faham apa yang perlu dipelajari .Mereka hanya akan tahu setelah mereka diajar, selepas itu mereka akan belajar apa yang diajarkan kepada mereka.
Guru juga perlu membimbing anakmuridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Guru yang menghayati Falsafah Pendidikan akan memastikan bahawa unsur emosi dapat diterapkan di dalam bilik darjah.