Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pandangan Ahli Falsafah Terhadap Pendidikan - Coggle Diagram
Pandangan Ahli Falsafah Terhadap Pendidikan
Pandangan Tokoh Barat
Aristotle
Pendidikan sebagai ilmu yg bersifat etikal dan politikal
Falsafah Greek mengajar bahawa Tuhan yg maha kuasa lebih berkuasa dari yg lain-lain
Pendidikan ialah berikan setiap warganegara peluang utk mencapai segala kebahagiaan hidupnya serta melatih warganegara mematuhi peraturan-peraturan dan tingkah laku yg baik dan cekap dalam pengurusan pentadbiran
Plato
Pendidikan melalui peralihan peribadi dan penumpuan kpd kebaikan alam sekeliling
Pendidikan merupakan proses utk membentuk individu yg berakhlak mulia
Proses pendidikan dapat membentuk warganegara yg baik serta setia dan mematuhi undang-undang negara
Sokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganegaraan yg baik
John Dewey
Kehidupan atau menyediakan realiti kehidupan hari ini dan bukan persediaan masa depan
Pendidikan progresif yg menekankan kanak-kanak dan minatnya lebih daripada matapelajaran
Pendidikan adalah kerja mengatur pengetahuan utk menolong dan mengeluarkan serta menambah lagi akan pengetahuan yg ada serta berguna
John Locke
Pengasas kepada "falsafah minda analitik"
Mengatakan bahawa akal manusia dilahirkan dalam betuk 'tabula rasa' yg mana pengalaman akan mencetak ilmu pengetahuan
Pandangan Tokoh Timur
Confucius
Pendidikan adalah proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yg bersopansantun, bertimbang rasa, hati yg ikhlas, sederhana, hormat orang tua serta taat cinta kepada pemerintah dan negara
Individu mempunyai potensi yg berbeza, beliau mengajar mengikut kebolehan individu
Confucius berpendapat pendidikan merupakan alat yg penting utk mengekalkan nilai dan norma masyarakat, dan mengekalkan kebudayaan masyarakat yg prnting utk membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan
Rabindranath Tagore
Ahli falsafah dan penyair dari India
Pendidikan sebagai proses yg bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian
Pendidikan harus menjadi satu proses yg hidup, dinamik serta realistik iaitu tidak semata-mata terikat pada buku, tetapi harus dihubung kaitkan dengan pengalaman hidup manusia
HAMKA
Haji Abdul Malik Karim Amrullah - tokoh pendidikan, penulis dan ulama yg paling berpengaruh di ndonesia
Pendidikan adalah satu proses yang boleh membentuk tingkah laku baik dan nilai-nilai murni
Anak-anak harus dididik dan diasuh menurut kehendak hidup dan zamannya
Pendidikan ialah membentuk anak itu supaya menjadi anggota masyarakat
Pandangan Tokoh Islam
Al-Ghazali
Seorang ahli falsafah dan Theology yang termahsyur pada zamannya serta seorang pengarang yang terkenal
"Janganlah dimarah anak-anak itu sepanjang masa, kerana hal yang demikiran akan mejadikan dia bosan dengan marahan itu tidak akan menghiraukan nista orang, sebab sudah menjadi kebiasaan padanya."
Mohammad Qatb
Pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang iaitu jasad, intelek, roh, kehidupan kebendaan dan rohaninya setiap aktiviti hidupnya bersifat menyeluruh dan bersepadu
Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan