Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pandangan Ahli Falsafah Islam, Barat dan Timur Terhadap Ilmu Dan…
Pandangan Ahli Falsafah Islam, Barat dan Timur Terhadap Ilmu Dan Pendidikan
DARI PANDANGAN ISLAM
IBNU KHALDUN
-
Dalam Muqaddimah, Ibn Khaldun memandang bahawa ilmu dan pendidikan merupakan tabiat dalam diri manusia.
Menganggap bahawa ilmu dan pendidikan sebagai suatu gejala konklusif yang membentuk masyarakat dan perkembangannya di tahap kebudayaan.
Pendidikan bukan merupakan proses belajar mengajar yang dibatasi oleh empat dinding, tetapi pendidikan adalah suatu proses, di mana manusia secara sedar menangkap, menyerap, dan menghayati peristiwa-peristiwa alam sepanjang zaman.
AL GHAZALI
Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang mulia, berani dan hormat menghormati.
MOHD QATB
-
Pendidikan juga adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani individu ke tahap kesempurnaan.
DARI PANDANGAN BARAT
PLATO
-
-
Proses pendidikan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-undang negara.
ARISTOTLE
Pendidikan ialah memberikan setiap warganegara segala peluang untuk mencapai segala kebahagiaan hidupnya.
Proses pendidikan dapat melatih warganegara mematuhi peraturan-peraturan dan tingkah laku yang baik dan cekap dalam pengurusan pentadbiran.
JOHN DEWEY
Pendidikan merupakan proses kehidupan atau menyediakan realiti kehidupan hari ini dan bukan persediaan masa depan.
Pendidikan adalah kerja mengatur pengetahuan untuk menolong dan mengeluarkan serta menambah lagi akan pengetahuan yang ada.
Pendidikan itu akan dapat hidup selamat, berguna dan bertambah lagi darjah pengetahuannya.
DARI PANDANGAN TIMUR
CONFUCIUS
Pendidikan adalah proses yang memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, hati yang ikhlas, sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat cinta kepada pemerintah dan negara.
Individu mempunyai potensi yang berbeza dan oleh itu, beliau mengajar muridnya mengikut kebolehan individu.
Konfusianisme berpendapat pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat, dan seterusnya pula mengekalkan kebudayaan masyarakat yang penting untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan.
RABINDRANATH TAGORE
Pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan, seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian.
Pendidikan harus menjadi satu proses yang hidup, dinamik serta realistik, iaitu tidak semata-mata terikat pada buku, tetapi harus dihubung kaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia.
-
-