Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengenalan Kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) dan Perkaitan…
Pengenalan Kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) dan Perkaitan Dengan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Sekolah Rendah
-
Prinsip PTV
Prinsip sebenarnya memaparkan kejayaan amalan lepas iaitu sejak awal pembentukan PTV; yang melalui perubahan masa dan keperluan, dan diubah mengikut kesesuaian. Amalan lepas dan amalan baru yang berjaya pula dijadikan asas kepada pembentukan prinsip baru atau kontemporari bagi PTV.
Prinsip PTV boleh didefinisikan sebagai generalisasi yang menyatakan amalan pilihan, dan menjadi panduan bagi pembentukan program dan kurikulum, penilaian, pemilihan teknik pengajaran dan pembinaan polisi.
Prinsip yang kedua ialah Prinsip John Dewey menyatakan bahawa a. Vokasional adalah untuk semua pelajar. b. Objektif utama pendidikan vokasional adalah untuk menerapkan keadaan sebenar di alam pekerjaan kelak. c. Pendidikan vokasional ini melibatkan sesuatu kerja dilakukan itu dinilai, reka cipta dan peranannya di dalam pekerjaan.
Terdapat 2 prinsip utama PTV iaitu Prinsip Charles W. Prosser menyatakan bahawa
a. Pelajar yang mengambil sesuatu kursus itu adalah melalui daripada bakatnya.
b. Terdapat perbezaan diantara sekolah biasa dengan sekolah vokasional.
c. Pendidikan vokasional adalah untuk pelajar yang bermasalah dari segi akedemik.
Falsafah PTV
Falsafah adalah penting kepada setiap individu yang terlibat dengan PTV. Falsafah menyediakan satu rangka yang boleh digunakan untuk memikirkan tentang PTV.
Bagi pendidik, falsafah membantu kita untuk membuat pilihan atau tindakan yang tepat.
Falsafah didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk mensintesis dan menilai yang mewakili satu sistem nilai yang menjadi asas untuk membuat keputusan yang akan membentuk masa hadapan PTV.
Falsafah juga turut menjadi panduan untuk amalan, membantu dalam keputusan mengenai perkembangan program, pemilihan aktiviti pembelajaran, kurikulum, matlamatdan penggunaan sumber.
-
-