Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 2 : 2.1 : PANDANGAN AHLI FALSAFAH ISLAM, BARAT DAN TIMUR TERHADAP ILMU…
BAB 2 : 2.1 : PANDANGAN AHLI FALSAFAH ISLAM, BARAT DAN TIMUR TERHADAP ILMU DAN PENDIDIKAN
Pandangan ahli falsafah Barat
Plato
Tuhan menjadikan manusia dengan kebolehan untuk mempelajari sesuatu
Pendidikan melalui peralihan peribadi dan penumpuan kepada kebaikan alam sekeliling
Pendidikan merupakan proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia
Menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik
Proses pendidikan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-undang negara
Aristotle
Ahli falsafah Greek mengajar bahawa Tuhan yang maha kuasa lebih berkuasa dari yang lain-lain
Pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan politikal
Pendidikan ialah memberikan setiap warganegara segala peluang untuk mencapai segala kebahagiaan hidupnya
Proses pendidikan dapat melatih warganegara mematuhi peraturan-peraturan dan tingkah laku yang baik dan cekap dalam pengurusan pentadbiran
John Dewey
Pendidikan merupakan proses kehidupan atau menyediakan realiti kehidupan hari ini dan bukan persediaan masa depan
pendidikan progresif yang menekankan kanak-kanak dan minatnya lebih daripada matapelajaran
istilah kurikulum berpusatkan kanak-kanak
pendidikan adalah kerja mengatur pengetahuan untuk menolong dan mengeluarkan serta menambah lagi akan pengetahuan yang ada
pendidikan itu akan dapat hidup selamat, berguna dan bertambah lagi darjah pengetahuannya
John Locke
Pengasas kepada ‘falsafah minda analitik’
karya beliau yang penting ialah Essay Concerning Human Understanding (Esei berkenaan pemahaman manusia) yang berkaitan dengan kepentingan pancaindera dalam mencapai ilmu pengetahuan
Mengatakan bahawa akal manusia dilahirkan dalam bentuk tabula rasa yang mana pengalaman akan mencetak ilmu pengetahuan
mengatakan kita hanya boleh berfikir melalui idea dan disebabkan ke semua idea itu datang daripada pengalaman, maka terbukti tiada pengetahuan boleh wujud sebelum adanya pengalaman
Pandangan ahli falsafah Timur
Confucius
Pendidikan adalah proses yang memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, hati yang ikhlas, sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat cinta kepada pemerintah dan negara (NILAI MURNI)
Individu mempunyai potensi yang berbeza dan oleh itu, beliau mengajar muridnya mengikut kebolehan individu
Konfusianisme berpendapat pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat, dan seterusnya pula mengekalkan kebudayaan masyarakat yang penting untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan
Rabindranath
Ahli falsafah dan penyair dari India
Pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan, seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian.
Pendidikan harus menjadi satu proses yang hidup, dinamik serta realistik, iaitu tidak semata-mata terikat pada buku, tetapi harus dihubung kaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia.
HAMKA
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, merupakan tokoh pendidikan, penulis dan ulama yang paling berpengaruh di Indonesia.
Pendidikan adalah satu proses yang boleh membentuk tingkah laku baik dan nilai-nilai murni
Anak-anak harus dididik dan diasuh menurut kehendak hidup dan zamannya- Pendidikan ialah membentuk anak itu supaya menjadi anggota masyarakat
Pandangan ahli falsafah Islam
Al-Ghazali
Seorang ahli Falsafah dan Theology yang termasyhur pada zamannya serta seorang pengarang yang terkenal - ”Janganlah dimarah-marah kanak-kanak itu sepanjang masa, kerana hal yang demikian akan menjadi dia bosan dengan marahan itu dan tidak akan menghiraukan nista orang, sebab sudah menjadi kebiasaan padanya.”
kanak- kanak
• Didikan sejak lahir
• Kewajipan tentang agama
• Diajar Al-Quran, Hadith dan Sirah
• Ditegah mendampingi orang rosak moral
• Latihan jasmani
• Dilatih berbudi pekerti dan tabiat baik
• Berani, rendah diri, taat dan sabar
Mohammad Qatb
Pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang iaitu jasad, intelek, roh, kehidupan kebendaan dan rohaninya serta setiap aktiviti hidupnya bersifat menyeluruh dan bersepadu.
Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.