Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERBANDINGAN SUMBANGAN TAMADUN, MUHAMMAD AQIL LUQMAN BIN ABDUL HALIM -…
PERBANDINGAN SUMBANGAN TAMADUN
Tamadun Mesopotamia
Merupakan tamadun terawal dunia, terletak di barat daya Asia.
Maksud Mesopotamia ialah tanah di antaradua sungai, iaitu Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan Turki sehingga tanah pamah di Iraq.
Tamadun ini berkembang dari petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 5,000 SM hingga 700 SM. Sekitar tahun 3,500 SM, wilayah Mesopotamia berkembang menjadi pusat tamadun awal.
Antara kerajaan yang wujud pada zaman ini ialah Sumeria, Babylon, akkad, Chaldea dan Asyria.
Kerajaan yang terawal ialah kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3,500 SM dan kerajaan terakhir ialah Chaldea yang runtuh pada tahun 539 SM.
Tamadun Mesopotamia bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer. Orang Sumeria berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah. Mereka membina sistem pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai. Mereka juga berjaya membina sistem perbandaran.
Tamadun Huang He
Huang He bermaksud Sungai Kuning yang menyimpan banyak lumpur kekuningan yang subur
Penduduk di kawasan ini turut menghadapi banjir disebab kan oleh limpahan air Sungai Huang He yang menenggelamkan keseluruhan kampung
Dikenali juga sebagai Sungai Kuning
Tidak berdagang dengan orang luar
Terbina di kedudukan dua sungai utama yang mengalir dari kawasan pergunungan di sebelah barat ke Lautan Pasifik
Tamadun Indus
Terletak di Lembah Sungai Indus, iaitu di bahagian barat laut dan utara India.
Kawasan ini dikelilingi oleh Banjaran Makran, pergunungan Baluchistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian timur, serta Kathiawar dan Gujerati di bahagian tenggara.
Tamadun ini bermula pada tahun 2,500 SM.
Di bahagian barat laut India, terdapat penduduk yang mengamalkan kehidupan secara nomad. Mereka membentuk petempatan kekal di sepanjang Lembah Sungai Indus.
Lembah Sungai Indus mempunyai dua musim yang ekstrem. Musim hujan yang membawa banjir dan musim kering yang membawa kemarau. Kedua - dua musim ini menyebabkan tanaman musnah.
Tamadun Mesir Purba
Sungai Nil merupakan sungai terpanjang di dunia dengan kepanjangan sejauh 6,650 kilometer
Piramid dan Firaun merupakan tinggalan terkenal tamadun ini
Terletak di kawasan lembah Sungai Nil
Terdapat tiga tahap pemerintahan kerajaan dalam tamadun Mesir Purba, iaitu kerajaan purba, kerajaan pertengahan dan kerajaan baru
MUHAMMAD AQIL LUQMAN BIN ABDUL HALIM
1 SATRIA