Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KERANGKA MODEL PENGURUSAN BILIK DARJAH - Coggle Diagram
KERANGKA MODEL PENGURUSAN BILIK DARJAH
MENGURUS STRATEGI
Strategi terdiri daripada kaedah yang sangat eksplisit dan berpusatkan guru kepada jenis yang berpusatkan murid.
Guru mempunyai pendekatan yang dianggap sebagai deskripsi untuk mengajar muridnya yang merangkumi:
Jenis aktiviti PdP yang dirancang (strategi berasaskan tugasan/ aktiviti dengan bimbingan guru/ scaffolding, hands on)
Cara guru melibatkan murid dalam kandungan mata pelajaran (kaedah perbincangan, kolaboratif, wujudkan interaksi, kaitkan pengetahuan baharu dengan pengetahuan sedia ada)
Cara untuk memberikan sokongan kepada murid (soal jawab, pentaksiran formatif, ganjaran, pujian)
Kaedah dan teknik pengajaran ke-21 mestilah seiring dengan ledakan era digital berteraskan kemahiran TMK.
SUASANA PSIKOSOSIAL
Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya.
Suasana psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
Perasaan diterima
Suasana selesa dan mesra
Sensitif dan peka kepada perbezaan individu.
Suasana yang merangsang pembelajaran
Faktor yang memberikan kesan kepada suasana psikososial yang sihat
Gaya kepimpinan guru
Pendekatan pengajaran
Pendekatan induktif, deduktif, eklektik, bersepadu dan tematik,
Komunikasi dan corak interaksi
Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran
Sumbang saran
Bercerita
Simulasi
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
Kemahiran pedagogi - Kemahiran merancang dan seterusnya melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran dengan berkesan
Kemahiran Penilaian Pengajaran
Kemahiran Penggayaan
Kemahiran Pengurusan Bilik Darjah
Kemahiran Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Kemahiran Strategi Pengajaran
Kemahiran Perancangan Pengajaran
Pengetahuan mengenai murid - Merangkumi pertumbuhan dan perkembangan murid yang dipertanggungjawabkan.
Pertumbuhan - Suatu perubahan dan peningkatan dalam jumlah dan ukuran pada tubuh badan seseorang yang dapat diukur secara kuantitatif
Berat badan
Ketinggian
Perkembangan - Melibatkan perubahan pada tubuh badan yang bersifat kualitatif.
Kognitif
Sosioemosi
Corak biologi
Pengetahuan kandungan - Pengetahuan yang diperlukan untuk mengajar matapelajaran atau subjek yang diajar
Definisi Pengetahuan dan Kemahiran
Pengetahuan merupakan maklumat atau kesedaran yang diperoleh melalui pendidikan atau pengelaman
Kemahiran merupakan kecekapan atau kebolehan yang diperlukan untuk melakukan sesuatu perkara dengan baik