PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN INDIVIDU

KONSEP

Pertumbuhan

dinilai dan diukur secara kuantitatif

Ciri-ciri

pertumbuhan manusia dapat dilihat serta diukur melalui edaran masa

berbeza antara seorang individu dengan individu lain

berbeza antara lelaki dan perempuan

berlaku dalam perlbagai sifat

Perkembangan

perubahan yang bersifat kualitatif dan tidak boleh diukur

Ciri-ciri

secara berterusan hingga akhir hayat

menerusi peringkat perkembangan tertentu

dipengaruhi oleh baka dan persekitaran

bersifat kumulatif terutama perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran

Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan

  1. Proses perkembangan berlaku mengikut aturan
  1. Perubahan dalam perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik.
  1. Proses yang berlaku secara berterusan. Namun, pertumbuhan akan terhenti pada usia tertentu.
  1. Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu.
  1. Hasil interaksi antara kematangan dan pembelajaran

Perbezaan

Fizikal

Pertumbuhan : tinggi, berat, saiz, pertumbuhan otot serta tulang dan gigi

Perkembangan : kemahiran menggunakan anggota badan seperti berjalan

Mental

Pertumbuhan : keupayaan berfikir berkembang termasuk perkara subjektif

Perkembangan : kemahiran menggunakan bahasa, perkataan angka, pemikiran dan penaakulan

Emosi

Pertumbuhan : perasaan seperti sayang, suka, sedih.

Perkembangan : berupaya mengenal pasti perasaan dan mengawal perasaan

Sosial

Pertumbuhan : berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya, jiran dan masyarakat

Perkembangan : timbul kesedaran perbezaan jantina peranan dan penyesuaian dengan rakan sebaya

Faktor Mempengaruhi Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak

Baka

faktor keturunan atau faktor pembawaan yang diwarisi daripada sifat-sifat genetik keluarga ibu dan ayah

Persekitaran

Keluarga

corak kehidupan dirumah, makanan, asuhan dan status ekonomi

Pengaruh rakan sebaya

perkembangan intelek, emosi, sahsiah dan sosial

Sosio-ekonomi

status ekonomi yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum

Guru dan sekolah

Guru : perkembangan intelek, sosial dan emosinya.

Sekolah : persekitaran yang kondusif yang dilengkapi dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak

Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat

mempengaruhi proses perkembangan dari aspek sosioemosi, personaliti dan mental.

Sumber teknologi

Pendedahan kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan perkembangan kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak

Pengaruh media

memberikan informasi mengenai segala as[ek di dunia

Pusat Ibadat

membentuk sahsiah dan perkembangan jasmani dan rohani yang lebih positif