Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN DI MASJID - Coggle Diagram
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN DI MASJID
Masjid al-Nabawi
Rasulullah mengajar para sahabat setiap hari mengenai ilmu Islam manakala seminggu sekali bagi kaum wanita.
Nabi S.A.W. membaca ayat-ayat suci al-Quran dan menghuraikan maknanya.
Institusi Pendidikan Islam yang pertama ditadbirkan secara formal untuk orang Islam.
Kuliah khas diadakan di anjung masjid yang digelar al-Suffah dan orang yang belajar di sini digelar Ahlu al-Suffah.
Terdapat 20 mata pelajaran yang diajar iaitu Ilmu al-Fasahah wal Balaghah, Geografi, Kesihatan, Bacaan dan Tulisan, Hisab, Perubatan dan lain-lain.
Maksud
Pengajaran - satu proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri murid-murid.
Pembelajaran - berusaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
Pendidikan - proses menitiskan sesuatu ke dalam diri manusia iaitu menitiskan nilai yang baik (nilai Islam).
Senario Pengajaran dan Pembelajaran di Masjid
Di kebanyakan masjid, ilmu Islam disampaikan secara kuliah dan halaqah iaitu guru duduk bersila di atas lantai dan tidak mempunyai Alat Bantu Mengajar (ABM) kecuali buku.
Sebahagian masjid, khasnya di bandar-bandar menyediakan Projektor LCD sebagai alat kemudahan untuk menyampaikan ilmu. Contohnya, di Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Segambut.
Falsafah Pendidikan Islam
Perubahan tingkah laku
sebagai hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran misalnya murid mengubah cara menyebut kalimah daripada tidak betul kepada betul.
Untuk mencapai matlamat ini, guru harus mempunyai objektif dalam pengajarannya, menyenaraikan hasil pembelajaran dan menyusun langkah-langkah pengajaran.
Adakah ABM suatu yang baru dan bid'ah menggunakannya?
Ahli pendidikan mengambil istinbat bahawa Rasulullah menggunakan ABM, iaitu melakarkan sesuatu di atas tanah dan menggunakan isyarat tangan semasa menerangkan sesuatu kepada sahabatnya supaya lebih jelas maksudnya.
Pihak masjid dan surau harus menyediakan satu papan tulis dan marker pen supaya guru dapat menulis perkara penting dan istilah agama yang patut diingat oleh murid.
Memulakan Pengajian
Induksi set bertujuan untuk; 1) menarik perhatian pendengar atau murid seperti bercerita dan bersoal jawab, 2) memotivasikan jemaah, 3) mewujudkan perkaitan di antara isi pelajaran yang dibincangkan pada minggu lepas dengan isi pada hari ini.
Menutup Sesi Pengajaran
3) Ilmu yang didapati dapat dikaitkan dengan amalan harian orang Islam.
4) Isi yang dirumuskan hendaklah ringkas dan padat serta mudah diingat.
2) Apa yang dirumuskan memberi makna kepada jemaah dan membangkitkan perasaan hendak hadir lagi dalam kuliah.
1) Penutupan dibuat dengan meninggalkan kesan kepada murid.