Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Tafsir Bi al-Ma'thur: Sumber dan Perkembangan - Coggle Diagram
Tafsir Bi al-Ma'thur: Sumber dan Perkembangan
Pengertian
Penafsiran ayat-ayat al-Quran yang dibuat menggunakan penjelasan dari ayat al-Quran, hadis-hadis Rasul SAW yang sahih dan riwayat para sahabat atau dengan sesuatu yang dikatakan oleh tabiin besar kerana mereka menerima perkara tersebut daripada sahabat.
Sumber
tafsir al-Quran dengan al-Quran,
tafsir al-Quran dengan hadis
tafsir al-Quran dengan ijtihad sahabat
tafsir al-Quran dengan tabi'in
Perkembangan Tafsir Bi al-Ma'thur
Peringkat Pertama
:
Secara Lisan atau periwayatan
Peringkat Kedua:
Secara penulisan bersama dengan hadis
Peringkat Ketiga:
Penulisan tafsir bil Ma’thur dengan jalur sanad diasing dari hadis
Peringkat Keempat:
Penulisan tafsir secara lengkap beserta dengan sanad yang bersambung
Peringkat Kelima:
Pengguguran Sanad dari tafsir bil Ma’thur
Aspek penafsiran
tafsir al-Quran dengan al-Quran
Pentafsiran dengan cara menyesuaikan antara dua perkara yang dilihat secara zahirnya bertentangan antara satu sama lain
Pentafsiran menerusi bacaan atau qiraat yang sahih
Pentafsiran melalui ayat-ayat nasakh
Pentafsiran melalui ketentuan ikatan(muqayyad) terhadap suatu ayat yang mutlak.
Pentafsiran dengan mengkhususkan ayat-ayat yang umum
Pentafsiran secara yang lebih jelas terhadap ayat yang berbentuk menyeluruh (mujmal)
Pentafsiran terhadap ayat-ayat yang ringkas.
tafsir al-Quran dengan hadis
Hadis menentukan ikatan terhadap sesuatu ayat yang mutlak
Hadis menjelaskan kemusykilan yang terdapat pada ayat al-Quran
Hadis mengkhususkan terhadap sesuatu ayat yang umum
Hadis menguatkan kedudukan sesuatu hukum yang terdapat dalam al-Quran
Hadis mentafsirkan terhadap ayat-ayat al-Quran yang
mujmal(menyeluruh)