Pentafsiran dengan mengkhususkan ayat-ayat yang umum.
Di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang maknanya umum kerana lafaznya menunjukkan kepada makna yang umum sedangkan di dalam ayat yang lain terdapat ayat yang mengkhususkan makna umum yang terdapat dalam ayat. Memahami ayat dengan makna yang umum tanpa merujuk kepada ayat-ayat yang lain akan menyebabkan fahaman yang salah tentang ayat.
Contoh ayat yang umum ialah firman Allah: 228. Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'(Quru’ dapat diartikan Suci atau haidh.) [ Surah al-Baqarah} Kata المطلفاتadalah kata nama plural yang menjadi makrifah dengan alif dan lam,zahir ayat menunjukkan setiap wanita yang dicerai hendaklah menunggu iddah mereka selama tiga kali suci tetapi hukum ini dikhususkan dengan ayat yang lain. Ayat yang mengkhususkan hukum yang umum ini ialah:
Pertama: Firman Allah SWT: 49. Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan- perempuan yang beriman, Kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampurinya Maka sekali-sekali tidak wajib atas mereka ‘iddah bagimu yang kamu minta menyempurnakannya. Maka berilah mereka mut’ah[1225] dan lepaskanlah mereka itu dengan cara yang sebaik- baiknya. [1225] yang dimaksud dengan mut’ah di sini pemberian untuk menyenangkan hati isteri yang diceraikan sebelum dicampuri. Ayat ini mengkhususkan hukum iddah bagi isteri yang ditalak tetapi belum disetubuhi tidak ada iddah baginya.
Kedua: Firman Allah SWT: 4. Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya), Maka masa iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya. Ayat ini mengkhususkan hukum iddah bagi wanita yang monopause atau kanak-kanak yang belum datang haid maka tempoh iddahnya ialah selama tiga bulan tempoh iddah bagi wanita yang hamil ialah apabila melahirkan anaknya.
Kesimpulannya hukum iddah yang umum dalam surah al-Baqarah bagi wanita yang ditalak dikhususkan dengan ayat-ayat yang lain bagi wanita yang ditalak dari kalangan iyang belum disetubuhi, yang menopause atau belum baligh dan yang sedang mengandung