Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
HARAPAN & PERSEDIAAN MASA HADAPAN - Coggle Diagram
HARAPAN & PERSEDIAAN MASA HADAPAN
Cabaran dan aspirasi
Usaha parti politik dalam mendapatkan mandat daripada rakyat- Parti Perikatan berusaha membangunkan aspek fizikal persekitaran melalui program pembangunan
Peranan parti pembangkang yang bertindak sebagai "sekat dan imbang" terhadap pelan pembangunan kerajaan
Perubahan teknologi dan media massa telah mempengaruhi sosiopolitik gerakan politik dan rakyat kerana semua pihak bebas memberikan pandangan berdasarkan peruntukan undang-undang
Perbezaan ideologi dan pegangan setiap parti politik adalah satu cabaran yang perlu sentiasa ditangani supaya dapat bersama-sama membentuk negara yang bersatu padu walaupun pegangan berbeza mengikut kaum
Cabaran untuk mewujudkan situasi politik negara yang aman dan stabil berdasarkan parti politik masing-masing dengan strategi tersendiri untuk meraik undi dan sokongan daripada rakyat
Permuafakatan politik dalam kontek permuafakatan politik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
SABAH
Kebanyakkan etnik Kadazan Dusun, Bajau, Murut dan peribumi lain merupakan penduduk luar bandar dan persisiran. Ini menggambarkan mereka mengamalkan kepercayaan tradisional. Masyarakat bumiputera Islam terdiri daripada Bajau, Iranum, Bisaya, Orang Sungai dan Sulu.
1961 - United National Kadazan Organization (UNKO) ditubuhkan untuk menyatupadukan masyarakat Kadazan Dusun dan Bumiputera bukan Islam (Tun Fuad Stephen).
Pada Disember 1961, United Sabah National Organization (USNO) ditubuhkan mewakili etnik Bajau, Suluk dan etnik-etnik lain (Tun Datu Mustapha Harun), Sabah Chinese Association (etnik cina). Maka lahirlah PARTI PERIKATAN= UNKO+USNO+SCA.
SARAWAK
Di Sarawak, komposisi penduduk turut memperlihatkan wujudnya pluraliti, malah lebih kompleks daripada di Semenanjung dengan jumlah sekitar 30 suku kaumnya.
Di Sarawak, pelbagai parti politik ditubuhkann menjelang penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Kewujudan SUPP menjadi inspirasi kepada etnik bumiputera untuk turut menubuhkan parti masing-masing yang dapat memperjuangkan kepentingan, kebajikan dan aspirasi bumiputera.
Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia turut menggerakkan penubuhan beberapa parti etnik.
Bagi etnik Melayu dan Melanau, dua parti ditubuhkan berasaskan etnik dan kawasan.
Dalam konteks etnik Cina pula, SUPP telah diundang menyertai kerajaan campuran BN selepas pilihanraya umum pada tahun 1969 hingga tahun 1971.
Selama lebih 30 tahun selepasa penubuhann Parti Bumiputera, kemunculan beberapa parti baharu Melayu dan Melanau tidak berjaya menggugat kedudukan politik Melayu dan Melanau.
Sebelum tahun 1963, etnik Dayak sering berpecah antara SNAP dan Pesaka sebelum penubuhan Malaysia, namun kini etnik terbabit menyertai semua parti politik sama ada BN atau parti pembangkang.
SEMENANJUNG MALAYSIA
Menyedari akan peri pentingnya kerjasama politik pelbagai kaum maka UMNO di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman
Putra Al Haj telah berusaha menubuhkan gabungan pertubuhan politik pelbagai kaum iaitu PERIKATAN pada tahun 1949.
Apabila konsep perkongsian kuasa yang diperkenalkan oleh UMNO melalui gabungan PARTI PERIKATAN dapat diterima masyarakat umum maka dengan mudah ianya diterima pakai oleh masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
Kejayaan ini berjaya menjulang nama UMNO dalam percaturan politik pelbagai kaum di Tanah Melayu.
Cita-cita dan wawasan negara dalam mengekalkan kesepaduan
Bekerjasama untuk membangunkan aspek fizikal dan persekitaran dan spiritual rakyat melalui program pembangunan negara seperti Rancangan Malaya.
Menerapkan semangat kebangsaan dalam diri setiap individu untuk memastikan keamanan kekal terjamin dan tidak lagi dijajah oleh kuasa asing.
Mengelakkan fahaman komunis daripada menular dalam kalangan rakyat kerana telah menyebabkan pelbagai peristiwa yang telah mengancam keamanan negara disebabkan oleh fahaman komunis yang menebal dalam kalangan rakyat seperti tindakan yang telah dilakukan oleh Parti Komunis Malaya.
Sentiasa mengamalkan prinsip keadilan dalam mentadbir negara untuk memastikan keamanan negara kekal terpelihara
Politik yang stabil untuk menjamin kesejahteraan negara
Sebagai contoh, Barisan Nasional yang telah ditubukan pada 1 Julai 1974 adalah bertujuan untuk menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama bagi memenuhi keperluan pelbagai etnik yang ada di Malaysia