Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Tafsir Bir Al-Mathur - Coggle Diagram
Tafsir Bir Al-Mathur
PERKEMBANGAN
Peringkat pertama
Berlaku pada zaman sahabat dan permulaan zaman tabiin iaitu kurun pertama hijrah pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan kerajaan Bani Umayyah. Melalui cara ini, para sahabat mengambil penafsiran daripada Rasulullah SAW atau para sahabat meriwayatkan daripada sahabat iaitu dengan cara penukilan yang boleh dipercayai, diteliti dan mengambil berat tentang sanad periwayatan
Peringkat kedua
Pada peringkat awal ia ditulis dalam kitab-kitab hadith seperti kitab al-Tafsir dalam sahih al-Bukhari. Cara ini berlaku pada zaman tabiin dan tabi’ tabiin iaitu pada kurun ke-2 Hijrah pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasi.
Peringkat ketiga
Pada peringkat ini tafsir bil Ma’thur ditulis secara berasingan dari hadith. Penulisan
ini berlaku pada zaman tabi’ tabiin iaitu pada kurun ke-2 dan ke-3 hijrah.
Peringkat keempat
Peringkat ini berlaku sekitar tahun ke-4 Hijri dengan tafsir menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri dan berpisah secara sepenuhnya dari hadith. Para mufassirin sepanjang tempoh ini berusaha mengumpulkan riwayat yang ma’thurat dalam tafsir dari hadith-hadith, kata-kata sabahat, kata-kata Tabiin dan Tabi’ Tabiin
Peringkat kelima
Bertujuan memudahkan penuntut ilmu tafsir. Mereka menyebut semua riwayat tanpa mengambil kira riwayat yang sohih dan daif. Oleh kerana riwayat-riwayat tersebut ditulis tanpa sanad maka sukar sekali untuk menilai riwayat tersebut dan membezakan antara riwayat yang sahih dan daif. Para pentafsir pada peringkat ini menyebut pelbagai pandangan yang ma’thur dari sahabat atau tabiin atau tabi’ tabiin sehinggakan ada diantara riwayat tersebut bertentangan antara satu sama lain
-
DEFINISI
Penafsiran ayat-ayat al-Quran yang dibuat menggunakan penjelasan dari ayat al-Quran, hadith-hadith Rasul SAW yang sahih dan riwayat para sahabat atau dengan sesuatu yang dikatakan oleh tabiin besar kerana mereka menerima perkara tersebut daripada sahabat.
Walaubagaimanapun ada dikalangan ulama yang tidak bersetuju
memasukkan tafsiran tabiin ke dalam tafsir bi al-Ma’thur.