Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN - Coggle Diagram
PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
PSIKOLOGI
Definisi
perkataan Tamadun Greek
psyche
(jiwa/minda) dan
logos
(kajian terhadap pemikiran/minda yang mempengaruhi sikap dan perlakuan)
"Kajian sistematik tentang tingkah laku mnausia dan pengalaman" (Kalat, 1999)
"Satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti" (Williams, 1960)
"Sains tingkah lakum - kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia secara saintifik " (Wittaker, 1970)
Satu disiplin ilmu yang mengkaji secara saintifik mengenai tingkahlaku manusia dan haiwan secara nyata dan selindung.
"Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia" (Kamus Dewan)
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
"mengkaji tingkah laku pelajar dalam suasana pembelajaran di dalam bilik darjah" (Atan Long, 1976)
"Kajian saintifik tentang tingkah laku individu dalam pendidikan serta mengandungi prinsip-prinsip dan kaedah PdP untuk menyelesaikan masalah-masalah pendidikan" (Smith, 1978)
"Kajian tentang perlakuan atau tingkah laku manusia dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah." (Banks dan Thompson, 1995)
Psikologi pendidikan amat berguna bagi guru untuk tujuan memahami tingkah laku pelajar dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU
Memahami tingkah laku manusia agar wujud persefahaman
Merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang diingini.
Mengawal tingkah laku yang tidak diingini atau bercangkah dengan norma masyarakat
Meramal gerak balas tingkah laku dalam sesuatu situasi
Menilai tingkah laku manusia dalam sesuatu keadaan
Memahami perbezaan individu agar guru dapat memberi layanan yang sewajarnya kepada pelajar
Memahami keperluan biolog dan psikologi manusia serta berusaha untuk memenuhinya
Memahami pelbagai jenis gangguan tingkah laku serta langkah mengatasinya
Memahami faktor yang mempengaruhi personaliti individu.
Memahami konsep kendiri individu
IMPLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU
mempunyai pengetahuan asas tentang konsep, ciri, matlamat, fungsi metodologi dan kandungan psikologi pendidikan
menentukan objektif pengaaran yang berkesan
mampu mengikuti garis panduan dalam menentukan dan merancang set induksi
meramal tingkah laku pelajar semasa PdP
memahami kepentingan perbezaan individu dan hubungannya dengan pengajaran individu dan kumpulan, serta aktiviti pengayaan dan pemulihan
mewujudkan persekitaran yang kondusif
mengaplikasi teori pengajaran dan kaedah pengajaran untuk mencapai objektif pengajaran
memilih dan menggunakan teknik penilaian yang sesuai dan berkesan
mampu menjalankan penyelidikan tindakan untuk menangani masalah pengajaran dan pembelajaran