Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sejarah Pendidikan Islam Dari Zaman Rasulullah, Sejarah Pendidikan Islam…
Sejarah Pendidikan Islam Dari Zaman Rasulullah
Makkah
Tahap Pendidikan
1) Secara sembunyi. Rasulullah telah menyebarkan dakwahnya secara sembunyi selama 3 tahun. Baginda dan orang-orang terdekat seperti keluarga terdekat, sahabat rapat mempelajari ilmu asas dalam Islam di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam
2) Secara terang-terangan. Rasulullah telah mendapat wahyu supaya menyebarkan dakwahnya secara terbuka. Cara ini telah menarik perhatian ramai lagi sahabat yang lain, namun semakin ramai orang yang memeluk Islam, semakin hebat tentangan yang dilemparkan oleh kaum kafir Quraisy
3) Seruan umum. Rasulullah menggunakan pendekatan seperti ini di kala menjelangnya musim haji. Pada ketika itu ramai penduduk luar Mekah yang datang untuk menunaikan haji.
Pendidikan Islam meliputi:
1) Pendidikan Keagamaan. Membaca dengan nama Allah dan tidak mensyirikkanNya dengan berhala
2) Pendidikan Akliyah dan Ilmiah. Mempelajari kejadian manusia daripada segumpal darah, mempelajari berkaitan kejadian alam semesta
3) Pendidikan Akhlak dan Budi Pekerti. Mempelajari sahsiah yang benar mengikut ajaran Islam dan mempraktikkannya
4) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Mempelajari tentang kebersihan pakaian, badan dan tempat tinggal
Madinah: Pembinaan pendidikan Islam meliputi
Pembentukan dan pembinaan masyarakat baru, menuju satu kesatuan sosial dan politik
Nabi Muhammad SAW mula meletakkan dasar-dasar seperti:
a) Baginda mengikis habis sisa-sisa permusuhan dan pertentangan antara suku kaum dengan mengikat tali persaudaraan antara mereka.
b) Untuk memenuhi keperluan seharian, Rasulullah SAW menganjurkan kepada kaum Muhajirin untuk berusaha dan bekerja sesuai dengan kemampuan dan pekerjaan seperti ketika di Makkah.
c) Dengan adanya penurunan syariat zakat dan puasa, ia boleh dijadikan sebagai pendidikan kepada masyarakat dalam tanggungjawab sosial baik secara teori mahupun moral.
Pendidikan sosial politik dan kewarganegaraan
Teori pendidikan sosial dan kewarganegaraan Islam ketika itu ialah idea utama yang terkandung dalam Piagam Madinah
Tujuan pembinaan adalah supaya secara beransur-ansur, idea utama Piagam Madinah diakui dan ianya bukan hanya berlaku di Madinah sahaja, tetapi meluas baik dalam kehidupan bangsa Arab mahupun bangsa-bangsa di seluruh dunia
Pendidikan anak Islam
Anak merupakan pewaris ajaran Islam yang dikembangkan oleh Nabi Muhammad SAW dan generasi muda muslimah yang akan meneruskan misi menyampaikan Islam ke seluruh penjuru alam.
Panduan utama Rasulullah SAW membentuk teori pendidikan anak Islam berdasarkan syariat Allah SWT dalam surah Luqman ayat 13-19.
Antara pendidikan anak Islam ialah pendidikan tauhid, pendidikan solat, pendidikan adab sopan dan santun dalam masyarakat, pendidikan adab dan sopan santun dalam keluarga, pendidikan keperibadian, pendidikan kesihatan dan pendidikan akhlak.
Perbezaan Ciri Pendidikan di Mekah dan Madinah.
Pendidikan di Mekah adalah berteraskan tauhid dengan mengukuhkan akidah dan ketakwaan kepada Allah SWT di samping lebih mengenali Islam secara keseluruhan.
Berbeza dengan teras pendidikan di Madinah, iaitu prinsip politik dan sosial. Oleh kerana ramai yang sudah memeluk agama Islam di Madinah, dengan kedatangan Rasulullah ke Madinah dengan impian untuk melahirkan sebuah negara Islam, maka pendidikan yang dibawa berpandukan kepada prinsip sosial dan politik.
Kurikulum Pendidikan Islam:
Mekah: Pendidikan yang berteraskan kepada ayat Makkiah sebanyak 93 surah. Isi yang diajarkan mementingkan tentang iman, ibadah dan akhlak
Madinah: Usaha yang pertama daam bidang pendidikan adalah dengan mendirikan masjid, untuk menjadikannya sebuah pusat menuntut ilmu. Isi yang diketengahkan adalah iman, akhlak, ibadah, kesihatan jasmani dan pengetahuan kemasyarakatan
Sejarah Pendidikan Islam Zaman Khulafa' Ar-Rasyidin
ZAMAN UMAR AL-KHATTAB
SOSIAL MASYARAKAT
Tindakan Abu Bakar menunujuk pengganti selepasnya dapat diterima oleh masyarakat,
berlaku perluasan wilayah kekuasaan dan madinah sebagai pusat pemerintahan.
Kehidupan segala bidang juga meluas termasuk pendidikan.
penyebaran ilmu dan pengetahuan para sahabat dan tempat pendidikan terpusat di Madinah
POLA PENDIDIKAN
Khalifah mengadakan penyuluhan (pendidikan) di kota Madinah
menerapkan pendidikan di masjid, mengangkat guru dari sahabat-sahabat untuk setiap daerah.
mata pelajaran yang diberikan meliputi membaca dan menulis Al-Quran dan menghafalkannya serta pelajar pokok-pokok agama islam
pendidikan yang lebih maju
tuntutan belajar bahasa arab juga mulai nampak.
sumber gaji pendidik diambil dari daerah yang ditaklukan dan baitulmal.
Pasa masa ini juga, pendidikan tidak jauh berbeza
ZAMAN ALI BIN ABI THALIB
SOSIAL MASYARAKAT
ada berlaku kekacauan politik dan pemberontakan.
POLA PENDIDIKAN
pendidikan pada masa ini mendapat hambatan kerana situasi pemerintahan yang tidak stabil.
oleh itu, pola pendidikan tidak jauh berbeza daripada sebelumnya.
ZAMAN UTHMAN BIN AFFAN
SOSIAL MASYARAKAT
kedudukan politik pada masa ini mula memanas, disebabkan berlakunya fitnah dalam masyarakat.
POLA PENDIDIKAN
tidak jauh berbeza daripada pendidikan zaman Umar.
para sahabat dibenarkan keluar di daerah yang disukai, dengan itu, orang yang menuntut ilmu tidak merasa kesulitan untuk belajar ke Madinah.
usaha mengumpulkan tulisan ayat alquran telah berlaku kerana terdapat perselisihan dalam bacaan.
tugas mendidik dan mengajar diserahkan pada umat itu sendiri dan pemerintah tidak mengangkat guru-guru.
Zaman Abu Bakar As-Siddiq :
sosial masyarakat
Abu Bakar banyak menyelesaikan persoalan dalam negeri
telah berlaku perang riddah dalam menyelesaikan masalah yang berlaku yang membahayakan agama dan pemerintahan.
pola pendidikan
pendidikan pada masa ini tidak mengalami banyak perubahan.
ia berkisar pada pendidikan tauhid, akhlak, ibadah dan kesihatan.
masjid berfungsi sebagai tempat belajar, ibadah dan musyawarah Khusus Kuttab yang merupakan pendidikan yang dibentuk setelah masjid.
pusat pembelajaran ialah kota madinah
tenaga pendidik ialah para sahabat Rasulullah yang terdekat.