Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kurikulum Pendidikan Islam Zaman Rasulullah & Khulafa' Ar-Rasyidin…
Kurikulum Pendidikan Islam Zaman Rasulullah & Khulafa' Ar-Rasyidin
Sejarah Pendidikan Islam Zmn Nabi :pen:
Al-quran dan As-sunnah dijadikan sebagai panduan dan sumber ilmu.
Pada masa wahyu pertama diturunkan oleh Allah SWT di kota Mekah hanya terdapat 12 orang sahaja penghuninya yang tahu membaca manakala di Madinah pula hanya 11 orang.
Baginda memberi pilihan kepada musuh Islam yang ditangkap dalam Perang Badar untuk menebus diri dengan mengajar 10 orang kanak-kanak Islam Madinah membaca dan menulis.
Dibahagikan kepada dua peringkat :!!:
MEKAH :<3:
Tertumpu pada dua aspek iaitu aspek akidah dan akhlak :star:
TAHAP RAHSIA :check:
Berlaku pada peringkat awal Rasulullah S.W.T mengajar Al-quran kepada kaum keluarganya.
Hasilnya, Khadijah bt Khuwailid, Ali bin Abi Thalib dan Zaid bin Harith telah memeluk islam.
Pendidikan Islam yang pertama lahir di rumah Al-Arqam ibni Abi Al-Arqam di As-Safa dan dikendalikan oleh Nabi Muhammad SAW secara sulit selama tiga tahun.
Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam membaca dan menulis seterusnya menghasilkan bilangan umat Islam yg ramai sama ada lelaki mahupun wanita.
TAHAP TERBUKA :check:
Pendidikan islam dalam tahap tebuka bermula apabila Rasulullah SAW menerima
perintah sepertimana yang tercatat dalam surah al-Hijr ayat 94.
Pendidikan Islam dilakukan secara umum meliputi semua tempat di sekitar kota Mekah dan golongan di luar Mekah yang datang mengerjakan haji.
Keluarga nabi dipulaukan.
Pendidikan Islam mula berkembang setelah
termeterai Perjanjian Aqabah 1.
MADINAH :<3:
Pendidikan dilaksanakan dalam
bentuk yang lebih meluas, sistematik dan formal.
Banyak sekolah
dan masjid yang didirikan pada masa tersebut. (Sekolah Kaabah, Masjid Quba, Masijd Nabawi)
Rasulullah SAW juga menghantar guru-guru untuk mengajar di seluruh wilayah Islam di Semenanjung Tanah Arab.
Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam Pada Zaman Khulafa' Ar-Rasyidin
Zaman Saidina Abu Bakar
(11-13H/632-634M)
Pola Pendidikan
a)
Pendidikan keimanan (Tauhid)
iaitu menanamkan bahawa satu-satunya yang wajib disembah adalah Allah.
(b)
Pendidikan Akhlak
, seperti adab masuk rumah orang lain, sopan santun, bertetangga, bergaul dalan masyarakat dan sebagainya.
(c)
Pendidikan Ibadah
, seperti pelaksanaan solat, puasa dan haji.
(d)
Kesihatan
, seperti kebersihan, gerak geri dalam solat merupakan didikan untuk memperkuat jasmani dan rohani.
lembaga untuk belajar membaca dan menulis pada saat itu disebut dengan
Kuttab
.
masjid juga berfungsi sebagai tempat belajar, ibadah, dan
musyawarah Khusus Kuttab,
tenaga pendidik: para sahabat Rasulullah SAW. yang terdekat.
pusat pembelajaran: kota Madinah
Zaman Saidina Umar Al-Khattab
(11-23H/634-644M)
menerapkan pendidikan di masjid-masjid dan mengangkat guru dalam kalangan sahabat untuk setiap daerah yang ditakluk
tugas guru: mengajar al- Quran dan mengajar bidang fiqh
mata pelajaran yang diberikan meliputi membaca dan menulis al-Qur'an dan menghafalkannya serta belajar pokok-pokok agama Islam.
Pendidikan dikelola di bawah pengaturan Gabenor yang berkuasa saat itu, serta diiringi kemajuan di pelbagai bidang, seperti jawatan pos, polis, baitulmal, dan sebagainya.
sumber gaji para pendidik: dari daerah taklukan dan dari baitulmal.
Zaman Uthman bin Affan
(23-35H/644-656M)
menggalakkan umat Islam supaya mempelajari dan menghayati al-Quran dan sunah
mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al-Quran di dalam sebuah mashaf yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani
Penyalinan al-Quran
Salinan sebanyak 5 buah : Mekah, Syria, Basrah, Kufah dan Madinah (Salinan tetap dipanggil masyhaf al Imam)
Dialek Arab Quraisy / Rasm Uthmani
Pusat pengajian: masjid, kuttab, rumah-rumah dan sekolah
Zaman Saidina Ali bin Abi Talib
(35-40H/656-661M)
Mengutamakan keamanan negara menyebabkan pendidikan kurang tumpuan
wilayah bagi pusat pendidikan Islam pada zaman Khulafa' Ar-Rasyidin
Mekah
Guru pertama di Makkah adalah Muadz bin Jabal yang mengajarkan Al Qur'an dan hadia
Madinah
Sahabat yang terkenal antara lain: Abu bakar, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan lain-lain
Bashrah
Sahabat yang termasyhur antara lain: Abu Musa al-Asy'ari, dia adalah seorang ahli fiqh dan al-Quran
Kuffah
Sahabat-sahabat yang termasyhur adalah Ali bin Abi Thalib dan Abdullah bin Mas'ud
Abdullah bin Mas'ud mengajarkan Al-Qur'an, tafsir hadis, dan fiqh
Damsyik (Syam)
Khalifah Umar mengirim tiga orang guru ke beberapa negara: Abu Darda' di Damsyik, Muaz bin Jabal di Palestina, Ubaidah di Hims.
Mesir
Abdullah bin Amru bin Ash, seorang ahli hadis dan merupakan sahabat yang mula-mula mendirikan madrasah dan menjadi guru di Mesir
Pendidikan di zaman Rasulullah
konsep :
pendidikan bersumberkan wahyu
bersumberkan al-quran dan al-hadis
bentuk penyampaian Rasulullah : -ucapan (penegahan/nasihat)
-perbuatan -taqrir
Kurikulum melalui dua fasa bersumberkan wahyu Allah :
mekah (13 tahun) : akidah & akhlak
madinah (10 tahun) : akidah, akhlak & syariah
fokus strategi Makkah : membaca, memerhatikan dan memikirkan kekuasaan Allah SWT, kemudian Rasulullah turut mengajarkan akhlak mulia bukan hanya dalam beribadah malah turut dalam komuniti sosial dan akhir sekali rasulullah turut mengajarkan al-quran
fokus strategi Madinah : pendidikan ukhuwah antara kaum musilimin. kedua pendidikan kesejahteraan sosial, ketiga pendidikan sesama kaum kerabat dan terakhir sekali, pendidkan hankan(pertahanan dan keamnan)
Isi kandungan pendidkan islam :
Penekanan pada akidah, syariat dan akhlak
Akidah : tauhid uluhiyyah (mengimani Allah saja yang berhak disembah – Lailahaillalah), rubbubiyah (beriman dengan sifat-sifat Allah), perkara-perkara as-sam’iyyat
Akhlak : sistem nilai, tingkah laku, pergerakan yang dibimbing dengan keyakinan (tauhid) @ bersifat mahmudah
sifat mahmudah : Seseorang yang teguh akidah dan tekun beribadah seharusnya beerbudi pekerti yang mulia dan bersopan santun dalam pergaulannya sesama manusia (Mohd Kamal Hassan, 1988)
Syariah : ayat-ayat Madani yang bersifat qat’i tentang keizinan berperang, berjihad, dialog dengan ahli kitab dan ancaman kepada munafiq
intipati Pendidikan pada zaman Rasulullah
Falsafah pendidikan : berteraskan al-Quran dan al-Sunnah (mengEsakan Allah dan menjauhi penyembahan berhala)
objektif pendidikan :
1)bentuk sahsiah islamiah : peribadi mulia, hidup bersaudara & meninggalkan perkara keji mengikut ajaran yang disampaikan
2)menegakkan agama islam
Sumber Pendidikan Islam: al-Quran sumber utama, hadis untuk melengkapi
kerangka dasar sumber adalah tauhid dan perintah membaca (surah al-Alaq:1-5)
Langkah pegajaran @ penyebaran pendidikan
Makkah : melalui qudwah hasanah
Rasulullah terima wahyu – beri bimbingan - penjelasan, tulis, hafaz – amal – hayati
didikan dengan penuh kasih sayang
Fokus pada aspek kognitif (ilmu pengetahuan) dan psikomotor (amalan, perlakuan)
Madinah :
Dirikan masjid sebagai tempat menyampaikan ilmu
Perkenalkan sistem halaqah dalam masjid - Kaedah : Rasulullah baca al-Quran - terang pada sahabat - sahabat hafaz - amal – hayati
Bila ramai memeluk Islam, Rasulullah susun langkah pengajaran melalui 3 bentuk :
1)Umum (disampaikan oleh Rasulullah/ wakil di luar Madinah)🡪 berkonsepkan akidah, syariah, sosia;l pelaksanaan secara amali
2)Khusus 🡪 personal individu atau kumpulan ikut sasaran
3)Institusi 🡪 rumah, masjid, surau; fokus pada membaca dan menulis
visi dan misi pendidikan :
Makkah
visi : unggul dalam bidang akidah dan akhlak sesuai dengan nilai-nilai islam
Madinah
visi : “unggul dalam bidang keagamaan, moral, sosial ekonomi, dan kemasyarakatan, serta penerapannya dalam kehidupan”.
Makkah
misi :
a) Memperkuat, memperkukuh status dan kepribadian Muhammad sebagai Nabi dan Rasulullah yang memiliki akidah dan keyakinan yang kukuh terhadap pertolongan
Allah SWT, berbudi pekerti mulia, dan memiliki komitmen yang tinggi untuk menegakkan kebenaran di muka bumi.
b) Memberikan bimbingan kepadaRasulullah dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik dan pengemban misi kebenaran.
c) Memberikan peringatan dan bimbingan akhlak mulia kepada keluarga dan kerabat dekat Rasulullah
Madinah
misi :
a) Memberikan bimbingan kepada kaum Muslimin menuju jalan yang diridhai Tuhan.
b) Mendorong kaum muslimin untuk berjihad di jalan Allah.
c) Memberikan didikan akhlak yang sesuai dengan keadaan mereka dalam bermacam-macam situasi (kalah, menang, bahagia, sengsara, aman dan takut).
d) Mengajak kelompok di luar Islam (Yahudi dan Nasrani) agar mematuhi dan menjalankan agamanya dengan saleh, sehingga mereka dapat hidup tertib dan berdampingan dengan umat Islam.
e) Menyesuaikan didikan dan dakwah dengan keadaan
masyarakat saat itu.
Sejarah Pendidikan Islam Zmn Khulafa' Ar-Rasyidin :pen:
ABU BAKAR AS-SIDDIQ :check:
Abu Bakar fokus untuk menangani
pemberontakan, orang-orang murtad, pengaku nabi dan pembangkang zakat.
Pendidikan tidak banyak mengalami perubahan
sejak masa Rasulullah SAW.
Bentuk lembaga pendidikan : Ahmad Syalahi menegaskan lembaga untuk belajar membaca dan menulis pada saat itu disebut
dengan Kuttab.
Masjid berfungsi sebagai pusat pendidikan.
ALI BIN ABI TALIB :check:
Berlaku pergolakan politik dan perang Jamal dan perang Siffin telah tercetus.
Pendidikan tidak mengalami perubahan dengan situasi pemerintahan yg tidak stabil ini.
UMAR AL-KHATTAB :check:
Perluasan wilayah dan Madinah sebagai pusat pemerintahan serta pendidikan.
Beliau menerapkan pendidik di masjid-masjid dan mengangkat guru dari sahabat-sahabat untuk setiap daerah yg ditakhluk. (Al-Quran, Fiqh).
Pelaksanaan pendidikan di zmn umar lebih maju kerana negara berada dalam keadaan yg aman dan stabil serta pendidikan dikelola di bawah pengaturan gabenor yg berkuasa saat itu.
UTHMAN BIN AFFAN :check:
Kestabilan politik pd zmn ini mulai terjejas kerana berlaku fitnah sesama masyarakat.
Banyak gabenor digantikan dengan kaum kerabat sendiri.
Berlaku pengumpulan tulisan ayat-ayat al-
Qur'an.
Penyalinan ini terjadi karena berlaku perselisihan dalam bacaan al-Qur'an.
Dipimpin oleh Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair, Zaid bin Ash, dan Abdurrahman bin Hanst.
Tugas mendidik dan mengajar diserahkan pada umat itu sendiri bererti khalifah tidak mengangkat guru-guru dan para pendidik.