Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Zaman Rasulullah SAW dan Khulafa…
PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
Zaman Rasulullah SAW dan Khulafa Ar-Rasyidin
Zaman Rasulullah
ISI KURIKULUM
Akidah
Selama 10 tahun bagi menambahkan keimanan dan meninggalkan kemungkaran
Syariah Ibadah, Muamalat, Fiqh, Jenayat, Siasah, Ekonomi
Akhlak Rasulullah sebagai Qudwatun Hasanah
Pelaksanaan Sistem Pendidikan Di Mekah
Dakwah Secara Rahsia
Berpusat di rumah Arqam Abi Arqam selama 3 Tahun
Hanya berdakwah kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat contohnya, isteri baginda Khadijah Binti Khuwailid dan sahabat rapat baginda Abu Bakar As-Siddiq
Dakwah Secara Terang-Terangan
Selama 10 Tahun
Ditujukan kepada kaum kerabat seperti keluarga Abdul Mutalib dengan berdakwah di rumah Saidina Ali
Ada yang menerima dan menentang. Contoh yang menentang ialah Abu Lahab
Dakwah terbuka kepada orang ramai
Di Bukit Safa
Cara Nabi Mendidik
Baginda tidak pernah berdusta
Menyampaikan dengan hikmah, berbincang dengan lemah lembut
Menanamkan keimanan
Pelaksanaan Sistem Pendidikan Di Madinah
Perluasan ajaran Islam
Aqidah
diteruskan menanam keimanan
Akhlak
akhlak manusia diteruskan dengan kemasyarakatan seperti muamalah
Institusi Pengajian
Masjid Nabawi sebagai pusat pendidikan dan penyebaran Islam
Pendidikan membaca dan menulis
Individu yang boleh membaca dan menulis diarahkan untuk mencatat wahyu
Rasulullah mengarahkan para sahabat yang boleh membaca dan menulis supaya mengajar orang lain
Contohnya: Tawanan Perang Badar yang tahu membaca dan menulis diminta untuk mengajar kanak-kanak Islam sehingga pandai untuk membebaskan diri mereka
Pendidikan untuk semua
Rasulullah memberi peluang dan membuka ruang kepada semua orang untuk belajar
Tuntutan dalam hadis yang bermaksud "menuntut ilmu wajib bagi semua umat Islam"
Terdapat satu hari khas untuk mengajar kaum wanita. Saidatina Aisyah menjadi rujukan para muslimat
Pendidikan fizikal
Rasulullah menggalakkan menunggang kuda, memanah dan berenang
Menulis surat kepada negara lain
Rasulullah telah mengarahkan sahabat berdakwah kepada Raja Habsyah, Raja Mesir dan Raja Iraq. Raja Habsyah menerimanya dengan baik tetapi yang lain memberi layanan yang buruk kepada utusan
Kukurikulum pendidikan
• Sistem pendidikan zaman Khulafa Ar-Rasyidin memberi nafas baru bagi menyambung tradisi sistem pendidikan yang telah dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
• Perkembangan pendidikan semakin meluas dan berkembang pesat pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin terutamanya di bandar Madinah dan Makkah, Basrah dan Kufa, Damsyik dan Palestin dan Madrasah Fustat.
• Isi kandungan pelajaran pendidikan Islam di zaman Khulafa’ Al-Rasyidin adalah sama dengan isi kandungan yang terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu wahyu dari Allah (al-Quran).
• Bertambah dengan adanya perubahan zaman dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu yang mana ia berkaitan ilmu Islam ialah tafsir al-Quran, Tauhid, Fekah, Ilmu Mantiq, Bahasa Arab, sajak, syair yang berunsur pendidikan, Ilmu Fizikal.
• Mata pelajaran yang belum ada di zaman Khulafa’ al-Rasyidin ialah ilmu hadis, sejarah, ilmu alam, ilmu pendidikan, karangan, ilmu sains, kimia dan perubatan
• Sumber Pendidikan Islam ialah Al-Quran, As-Sunnah
dan Ijtihad para sahabat Rasulullah s.a.w.
• Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab sumber pendidikan Islam telah bertambah iaitu dengan menerima ilmu dan tamadun dari sumber luar yang tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan As-Sunnah dan berterusan sehingga ke zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib r.a.
Institusi
Institusi Suffah
-Menurut Shalaby (1976), Suffah ialah ruang atau bangunan yang dibina bersambung dengan masjid.
-Berperanan sebagai sebuah sekolah kerana aktiviti pengajaran dijalankan secara sistematik dan teratur. Antara masjid yang mempunyai institusi Suffah ialah Masjid Nabawi di Madinah.
-Al-Suffah dapat dianggap sebagai sekolah atau madrasah berbentuk formal yang terulung dalam pendidikan Islam.
Institusi Kuttab
-Institusi Kuttab telah ditubuhkan sejak sebelum kedatangan Islam lagi dengan tujuan sebagai pendidikan kepada kanak-kanak di peringkat rendah.
-Kuttab dibina bersampingan masjid atau surau dan guru yang mengajar di institusi Kuttab adalah mengajar secara sukarela.
-Bilangan pelajar lebih kurang 17 orang kerana tidak mendapat perhatian masyarakat Jahiliyah Arab.
-Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, Kuttab lebih berfungsi sebagai institusi pendidikan sampingan bagi masjid setelah di dapati masjid terlalu ramai pelajar.
-Pada waktu pagi, kanak-kanak membaca dan menghafaz al-Quran. Manakala pada waktu tengahari mereka belajar menulis, belajar solat bahasa dan sastera Arab.
-Belajar membaca dan menulis, membaca al-quran dan menghafalnya serta belajar asas agama islam seperti cara berwuduk, sembahyangh, puasa dan seumpanya.
-Pelaksanaan kuttab adalah sama tujuannya dengan pelaksanaan kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang terdapat di negara kita sekarang ini.
MASJID.
-tempat ibadat dijadikan sebagai institusi pendidikan yang kedua dalam dunia Islam selepas rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam.
-Penggunaan masjid adalah sebagai institusi pendidikan selain daripada tempat untuk melakukan aktiviti-aktiviti ibadah khusus.
-Institusi masjid juga berkembang pesat sebagai pusat Pendidikan seiring dengan tersebarnya agama Islam.
-Pada zaman khulafa al-Rasyidin masjid memainkan peranan penting sebagai institusi peribadatan, pendidikan, sosial, penghakiman dan pelbagai aktiviti yang memberikan kemudahan kepada umat Islam.
Zaman Khulafa Ar-Rasyidin.
Zaman Khulafa’ al-Rasyidin dipimpin oleh empat orang sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.