Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KURIKULUM PENDIDIKAN ZAMAN RASULULLAH SAW DAN SAHABAT. - Coggle Diagram
KURIKULUM PENDIDIKAN ZAMAN RASULULLAH SAW DAN SAHABAT.
zaman Rasulullah
Isi kandungan pendidikan
Pendidikan Syariah
Pendidikan syar'iyah adalah bersumberkan wahyu Allah. Antara penetapan Allah yang terkandung dalam Al-Quran adalah seperti keizinan berperang, berjihad, ancaman kepada orang munafik dan banyak lagi.
Ayat-ayat madani yang bersifat Aghlabi pula adalah berhubung ibadat, muamalat, munakahat, sosial, jihat dan hubungan antarabangsa.
Hal ini juga dengan mengambil kira faktor keimanan yang tidak berbelah bahagi dimiliki oleh masyarakat Islam pada waktu itu.
Seiring perkembangan Islam di Madinah serta kemunculan berbagai disiplin ilmu, Rasulullah mula memberikan penekanan terhadap pendidikan syar'iyah.
Lain-lain Kemahiran
Kesusasteraan
Hiburan utama masyarakat pada zaman nabi ialah syair.
Ahli-ahli syair membawa mesej melalui syair mereka dan diperdengarkan kepada masyarakat awam.
Golongan penyair yang membawa mesej buruk terhadap masyarakat dikeji rasul juga Allah SWT. Sebaliknya, mereka yang menyampaikan pengajaran yang baik serta bermanfaat mendapat pengiktirafan nabi (HAssan Bin Thabit).
Kemahiran Fizikal
Ilmu-ilmu kemahiran fizikal yang diajarkan pada zaman nabi adalah seperti aktiviti menunggang kuda, gusti, larian, permainan padang dan berenang.
Pendidikan Akhlak
Nabi sendiri mempunyai akhlak dan budi pekerti yang mulia merangkumi enam perkara iaitu akal yang cerdik, teguh dan sabar menghadapi dugaan serta bersifat zuhud terhadap dunia dan qanaah.
Baginda bersikap merendah diri sedangkan mempunyai pengikut yang ramai.
Bidang pembentukan akhlak yang menurut nabi adalah meliputi aspek nilai dalaman, tingkah laku luaran dan pergerakan indera psikomotor.
Sentiasa sopan, tenang dan berlapang dada walaupun berada dalam keadaan yang menggelisahkan dan menakutkan.
Baginda juga amat terkenal dengan sifat pemaaf di mana sifat ini jugalah yang mampu menarik hati orang kafir untuk menerima Islam.
Konsep ibadah adalah saling berkaitan dengan konsep akhlak. Akhlak yang ditunjukkan oleh seseorang muslim adalah menifestasi daripada keelokan aqidah dan ibadah yang dilakukannya.
Pendidikan Aqidah
Menekankan konsep Uluhiyyah dan Rububiyyah serta perkara-perkara yang berkaitan Assammiyat wa Al-Ghaiyibat bagi membasmi terlebih dahulu fahaman aqidah yang batil.
Hasilnya, pengikut nabi adalah satu-satunya golongan yang mempunyai sifat terpuji dan keimanan yang utuh terhadap Allah SWT.(Mencapai objektif pendidikan aqidah)
Memperkenalkan konsep aqidah Islam dengan menanam rasa keimanan kepada Allah di akal dan jiwa umat.
Aqidah merupakan asas pendidikan Rasulullah.
Metode Pengajaran
Mekah
Baginda mesra danberkasih sayang dalam mendidik. Tidak suka akan perkara yang menyusahkan sebaliknya sukakan kemudahan untuk semua. Baginda sentiasa memberikan yang terbaik dalam pengajarannya.
Pendidikan yang ditekankan baginda adalah meliputi 2 aspek utama iaitu untuk mewujudkan kesejahteraan kognitif (akal) dan psikomotor (tingkah laku). Metod yang digunakan adalah melalui konsep qudwah hasanah dan mahabbah.
Menerima wahyu Allah, menyampaikan wahyu dengan memberikan penerangan untuk difahami seterusnya dapat dihayati. Baginda juga membimbing sahabat menghafal ayat-ayat tersebut seterusnya menyuruh mereka menulis.
Madinah
Masjid sebagai pusat ilmu.
Sistem halaqah diperkenalkan di masjid. Para muslimin akan mengikuti sesi pembelajaran bersama Rasulullah setiap kali lepas solat. Ayat-ayat quran yang dibaca dan dihafaz oleh para muslimin untuk diajarkan kepada keluarga masing-masing.
Disamping mengajar setiap hari, Rasululah juga ada mengajar kaum wanita dua minggu sekali.
Pertambahan umat Islam telah menyebabkan nabi menyusun semula cara pengajaran.
Syarah pengajaran diberikan sendiri oleh nabi atau wakil baginda yang dilantik untuk keluar Madinah untuk mengaajr.
Pengajaran adalah melalui khutbah selepas sembahyang atau melalui khutbah jumaat.
Pendidikan aqidah, syariat dan perkara berkaitan kemasyarakatan diajarkan melalui khutbah.
Pengaajran melalui praktikal ini dilihat berupaya menjentik jiwa dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati orang sekeliling.
Pengajaran tentang akhlak serta tingkah laku diri ditunjukkan Rasulullah semasa bersosial dengan orang ramai.
Bentuk Umum
Bentuk Khusus
Pengajaran diberikan oleh baginda sendiri kepada orang-orang tertentu dari semua lapisan masyarakat (kanak-kanak, pendatang, para sahabat).
Bentuk Institusi
Mewujudkan konsep sekolah; kanak-kanak diajar membaca dan menulis. Beberapa orang para sahabat diberikan tanggungjawab mengajar kanak-kanak ini. Dsamping itu, tawanan yang ingin dibebaskan juga diberikan tugas untuk mengajar kanak-kanak ini sebagai timbal balik dimerdekakan.
Teknik Pengajaran
40 tenknik pengajaran: antaranya; dialog, soal jawab, bahasa kiasan, perumpamaan, perbandingan, melukis dan melakar, menguji dan memuji, pendekatan seloka da gurau senda dan banyak lagi.
Kaedah Rasulullah menyampaikan pengajaran adalah bersifat kognitif, efektif dan psikomotor. Kaedah pengajaran adalah dalam bentuk kuliah, khutbah, perbincangan, hafalan, perdebatan, pengajaran secara praktikal atau demonstrasi dan halaqah.
zaman para sahabat
zaman Umar Al Khattab
tempat pendidikan berpusat di Madinah.
di masjid
al quran
mengahafal
menulis
fiqh
terbentuk pusat pendidkan Islam
belajar bahasa Arab
kesan daripada pendidikan yang baik, maka telah wujud, baitulmal, polis, pegawai pos dan sebagainya
para sahabat dilarang keluar dari Madinah melainkan mendapat izin khalifah
juga mementingkan mengenai pengajaran berenang, menunggang unta, dan juga memanah
pendidikan tinggi pula merangkumi pengajian alquran dan tafsirnya, hadis dan pengumpulan dan juga fiqh (tasyhl)
zaman Uthman bin Affan
para sahabat mula mendapat keizinan untuk keluar daripada kota madinah ke daerah-daerah lain untuk menetap dan juga dapat memudahkan urusan dalam menuntut ilmu
berlaku pengumpulan tulisan-tulisan al quran disebabkan penyelisihan bacaan daripada umat islam
diketuai oleh Zaid bin Thabit, Abdullah bin Ubair dan Zaid bin Ash dan Abdurrahman bin Hanst
pendidik dari kalangan umatnya sendiri yang melakukan dengan mengharapkan keredhaan Allah tanpa dilantik oleh pemimpin
zaman Abu Bakar As Siddiq
pendidikan tidak banyak berubah dari zaman Rasulullah
pendidikan akhlak, seperti, adab memasuki rumah orang, sopan santun dan sebagainya
pendidikan ibadah seperti solat, dan haji
pendidikan tauhid (keimanan), iaitu menanamkan bahawa, Allah ialah satu-satunya yang wajid disembah
kesihatan, atau kebersihan seperti gerak-geri dalam solat boleh menyihatkan rohani dan jasmani badan
masjid berfungsi sebagai tempat belajar, melakukan ibadah dan musyawarah khusus kuttab (lembaga pendidikan pada masa itu)
zaman Ali Ai Talib
pusat pendidikan islam
tempat
Mesir
Basyrah
Madinah
Kufah
Mekah
Damsyik
membaca dan menulis, menulis dan menghfal alquran dan belajar pokok-pokok agama