Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
STRATIFIKASI SOSIAL - Coggle Diagram
STRATIFIKASI SOSIAL
DEFINISI STRATIFIKASI SOSIAL
Susun lapis secara hierarki struktur masyarakat yang menunjukkan perbezaan antara individu atau kumpulan-kumpulan (Amir Hasan Dawi, 2009).
Tatanan sosial berpola sosial dan historis yang berakar dalam kerangka ideologis yang melegitimasi dan membenarkan subordinasi kelompok orang tertentu. (Aquirre dan Baker, 2000).
Berasal daripada perkataan
Stratified
atau strata yang bermaksud susun lapis. Oleh itu stratifikasi sosial turut dikenali sebagai susun lapis.
Proses perbezaan individu dalam masyarakat yang menyebabkan muncul hierarki yang terdiri daripada lapisan atau strata yang berlainan kedudukan
Menurut Max Weber Stratifikasi sosial adalah klasifikasi masyarakat menjadi sistem tertentu. menurutnya tiga komponen yang mendorong wujudnya kelompok sosial adalah
KUASA, KEISTIMEWAAN
dan
PRESTIJ
(
kuasa, kekayaan & prestij
)
SISTEM ASAS STRATIFIKASI SOSIAL
SISTEM HAMBA
Sistem yang paling rendah dalam stratifikasi sosial.
Dianggap seperti barang dan digelar "HAMBA" serta dilayan seperti binatang.
Dimiliki oleh individu yang berkedudukan yang dikenali sebagai 'TUAN TANAH'.
Pernah diterima dalam masyarakat suatu ketika dahulu iaitu wujud dalam masyarakat kuno dan feudal
SISTEM KASTA
kelas atau taraf yang terdapat dalam masyarakat terutama masyarakat hindu
Tingkat dalam masyarakat ini membezakan kedudukan serta peraturan yang dikenakan kepada setiap kasta.
Terdapat 4 sistem kasta dalam masyarakat hindu
Ksatria
Waisya
Brahma
Kasyta
SISTEM ESTATE
Sering digunakan masyarakat Feudal dimana menentukan kedudukan seseorang melalui keluasan tanah
Iktiraf kuasa dan martabat seseorang dengan mengambil kira keluasan tanah
Sesiapa yang mempunyai tanah adalah seorang yang berkuasa serta bebas manakala yang tidak mempunyai tanah terpaksa bekerja dan berada dibawah kuasa tuan tanah.
Terdapat 4 lapisan sosial dalam satu hierarki masyarakat
Raja
Bangsawan atau golongan memerintah
Paderi
Golongan Petani
Berbeza dengan sistem kasta sistem ini membolehkan kedudukan golongan dalam hierarki berubah melalui pengkiktirafan atau anugerah
SISTEM KELAS
menurut Zeitlin (1981) kelas sosial tidak wujud dengan sendirinya, kewujudan kelas sosial disebabkan oleh keadaan tertentu.
Kelas sosial boleh wujud disebabkan perubahan dalam ekonomi, kekayaan dan kuasa yang dimiliki oleh seseorang.
Sistem ini dikenal pasti sebagai satu kumpulan individu yang besar, mereka berkongsi sumber ekonomi yang sama dan cara hidup mereka menjadi aras panduan kehidupan golongan ini.
Contohnya golongan elit yang mendiami kawasan elit, mereka dikatakan mempunyai kelas hidup tersendiri serta cara hidup mereka menjadi aras perbezaan dengan bukan elit.
berbeza dengan sistem masyarakat atau strata yang lain kelas wujud bukan berdasarkan undang-undang tertentu atau kepercayaan agama dan kesinambungan warisan turun temurun
kelas sesorang berubah melalui proses mobiliti sosial
kedudukan ekonomi boleh dikaitkan dengan kelas, semakin tinggi kekuasaan ekonomi seseorang semakin tinggi kelasnya
Ahli sosiologi telah mengenalpasti 5 kelas sosial
Kelas Atasan
Kelas Pertengahan Atas
Kelas Pertengahan bawah
Kelas Pekerja
Kelas Bawahan
FAKTOR KEWUJUDAN KETAKSAMAAN SOSIAL
Perbezaan Jantina
Faktor Biologi
Secara biologi lelaki dan wanita adalah berbeza sifatnya
Lelaki biasa dikaitkan dengan sifat "maskulin"
wanita lebih bersifat lemah lembut
Faktor Budaya Masyarakt
Lelaki selalu dianggap ketua dan mempunyai kuasa yang lebih dari wanita
Lelaki sebagai ketua keluarga
Wanita berperanan sebagai pembantu rumah tangga
Organisasi
Lelaki sering diletakkan sebagai ketua
Perempuan adalah sebagai setiausaha
Masyarakat juga sering menganggap wanita orang no 2
Gender
wanita sering menghadami
glass ceiling
dalam kerjaya
Perbezaan Ras dan Etnik
Berlaku apabila kelompok manusia berinteraksi antara satu sama lain
Kadangkala satu kelompok etnik atau ras dapat menguasai satu kelompok yang lain akan menyebabkan berlaku beberapa fenomena dan akan menghasilkan susun lapis stratifikasi masyarakat
Deskriminasi, Prasangka, Streotype, Racism, kekerasan fizikal dan penindasan akan wujud antara kelompok yang berkuasa dan yang tertindas
Perbezaan Pekerjaan
Pekerjaan boleh dikatakan boleh menyebabkan ketidaksamaan antara anggota masyarakat kerana ia adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan seharian dan berterusan untuk mendapatkan sumber pendapatan untuk menyara diri
pekerjaan perlu dilakukan oleh individu dalam masyarakat untuk mencapai satu darjat jaminan ekonomi dan untuk memperolehi peranan dan kedudukan yang lebih baik
Prestij biasanya diukur melalui status pekerjaan, pekerjaan yang mendapat ganjaran yang lebih tinggi merupakan pekerjaan yang berprestij dan status yang tingg dalam sistem stratifikasi masyarakat
TEORI STRATIFIKASI SOSIAL
Teori dari Perspektif Fungsional
Mengandaikkan bahawa masyarakat mempunyai bahagian yang berlainan antara satu sama lain
Sebuah masyarakat akan berfungsi sekirannya fenomena stratifikasi atau ketaksamaan berlaku secara berterusan
Tokoh yang mempelopori Teori ini
Kingsley Davis dan Wilbert E.Moore (1945)
Ahli sosiologi yang bertanggungjawab menyatakan bahawa semua masyarakat mesti memastikan yang individu dalam masyarakat dapat memenuhi segala kedudukan yang diperlukan dan menjalankan tugas penting.
Contohnya ada pihak yang memberikan perlindungan, menyediakan makanan, memeberikan rawatan serta mengurus kematian.
Dalam masyarakat wujud kedudukan atau pekerjaan yang berbeza dan boleh dikelaskan seperti pekerjaan seperti guru dianggap lebih mulia berbanding pengangkat sampah
Talcott Parsons (1951)
Berpandangan kestabilan dan kerjasama dalam masyarakat adalah berdasarkan satu persetujuan umum oleh ahli masyarakat dengan sesuatu yang baik atau tidak.
Parsons berpendapat sistem stratifikasi wujud disebabkan oleh nilai bersama yang wujud disetiap individu serta dinilai dan diletakkan mengikut kedudukannya.
Parson melihat bahawa stratifikasi sosial merupakan sesuatu
fungsi yang tidak dapat dielakkan di dalam sesebuah masyarakat.
Teori dari Perspektif Konflik
Berasal dari pandangan tulisan Karl Marx
Beranggapan bahawa stratifikasi adalah suatu
struktur yang bersifat memecah belah bukan mengintegrasikan.
Menganggap bahawa stratifikasi merupakan satu mekanisme dimana sesetengah individu dalam masyarakat ditindas dan bukannya digalakkan
Tokoh yang mempelopori
Karl Marx
Melihat masyarakat terbahagi kepada dua kelompok iaitu kelas pemerintah dan kelas diperintah
Kelas pemerintah memiliki kuasa yang diperolehi hasil daripada penguasan dan pemilikan punca pengeluaran
pemerintah akan menindas golongan yang diperintah.
Membahagikan masyarakat kepada 2 kelas utama yang bermusuhan
BORJOUIS (golongan penindas yang terdiri daripada pemodal)
PROLETARIAT (golongan kelas yang tidak berkuasa serta selalu ditindas iaitu golongan pekerja)
Max Weber
Sependapat dengan Marx Weber, mengakui faktor-faktor ekonomi punca perbezaan kelas dalam sistem stratifikasi
Berpendapat bahawa pengagihan kuasa ekonomi yang tidak seimbang dan pembahagian peluang tidak sama rata ialah asas pembentukan sesuatu kelas
3 dimensi stratifikasi Weber
Faktor kekayaan
Faktor Kuasa
Faktor Prestij
tiga faktor tersebut sumber kepada berlakunya ketidaksamaan dan konflik dalam masyarakat.
Teori dari Perspektif Struktur
Donald J. Treiman
Treiman berpendapat keperluan asas bagi semua manusia adalah sama iaitu makanan, pakaian serta tempat perlindungan
Manakala kehidupan masyarakat moden memerlukan politik dan organisasi ketenteraan maka pembahagian masyarakat adalah sama
Apabila terdapat masyarakat mengamalkan pembahagian tugas maka terdapat perbezaan kawalan keatas sumber yang terhad seperti kemahiran, kewibawaan dan harta.
Maka wujudlah kuasa yang berbeza-beza serta mewujudkan suatu hierarki atau susun lapis masyarakat.
Individu yang memegang jawatan tinggi dalam pekerjaan penting selalunya mempunyai pengaruh politik boleh digunakan untuk kepentingan diri dalam menangani soal status dan kuasa
Pekerjaan yang terdapat kuasa mempunyai prestij yang tinggi dalam semua masyarakat.
wujud ketidaksamaan atau startifikasi dalam masyarakat yang akan menjadi pekerjaan sebagai punca ketidaksamaan.