Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MODEL-MODEL PENGAJARAN, Pengertian, pengertian, pengertian - Coggle Diagram
MODEL-MODEL PENGAJARAN
Model Behavioral
Model pengajaran yang paling berstruktur iaitu bagaimana seseorang bertindak balas terhadap sesuatu tugasan. Guru membahagikan bahagian kecil dan sampaikan langkah demi langkah mengikut penerimaan pelajar.
Teori Behaviorisme
-
-
-
Pavlov menekankan teori pelaziman klasik. Beliau membuktikan ini melalui kajian keatas seekor anjing.Beliau mendapati bahawa apabila angjing itu melihat bekas makanan, anjing itu akan mengeluarkan air liur.
Pavlov mengaplikasikan dalam p&p . contoh : Pelajar akan memberi respon yang menyeronokkan seperti muzik. Guru perlu mencuri perhatian mereka dengan aktiviti yang merangsang minat supaya mereka dapat memberi perhatian yang sepenuhnya.
Teori Skinner ialah kajian terhadap tikus lapar.diletakkan ke dalam kotak skinner yang dilengkapi dengan alat penekan makanan. tikus tersebut tertekan alat tersebut dan makanan keluar. lalu terus menekan beberapa kali. kali kedua skinner mengubah alat penekan makanan jika dipijak makanan tidak keluar. lalu bila tikus menekan alat tersebut dan tidak lagi keluar. tikus itu tidak menekan lg alat tersebut.
Skinner mengaplikasikan dlm p&p dgn sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan yang berterusan dan diikuti secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat diperkukuhkan dan dikekalkan.
Model Sosial
Teori Sosial
Albert Bandura memperkenalkan teori pembelajaran sosial iaitu pembelajaran berlaku melalui proses peniruan. Bandura (1977) berpendapat, kita belajar melalui pemerhatian dan meniru orang lain serta dengan melihat konsekuen tingkah laku orang lain.
Pembelajaran pemerhatian dapat juga diterangkan melalui prinsip pelaziman klasik. Oleh yang demikian, teori pembelajaran sosial Bandura,menekankan peranan kognitif dan juga pengaruh persekitaran dalam perkembangan.
-
Pembelajaran dan tingkah laku manusia bergantung kepada pemerhatian seseorang individu itu terhadap individu lain atau model-model simbolik seperti televisyen dan sebagainya.
-
Model Personal
berpegang kepada unsur keperibadian individu,menggalakkan sifat berdikari yang produktif demi peningkatan taraf hidup masing- masing.
Teori Humanis
Teori pembelajaran humanis menumpukan pada apa yang berlaku pada diri seseorang seperti perasaan atau emosinya.
Pendekatan humanis menekankan fikiran, pengamatan serta interpretasi murid tentang sesuatu peristiwa atau kejadian itu.
-
Contohnya kalau murid ingin berjaya, maka dia perlu berusaha mencapainya ke arah itu. Setiap murid juga mempunyai keperluan mengembangkan potensinya ke tahap maksimum
-
membantu murid agar lebih bertanggungjawab dalam menentukan perkara yang ingin dipelajari oleh mereka
-
-
-
-
-