Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Ciri - ciri Tamadun Awal Dunia - Coggle Diagram
Ciri - ciri Tamadun Awal Dunia
Pertanian dan Perdagangan
Kegiatan pertanian mendorong perkembangan kehidupan masyarakat
Penciptaan pelbagai peralatan, pembinaan saliran, pembinaan kincir angin dan pembinaan teres
Perkembangan pertanian membawa kepada kewujudan perdagangan
Sistem Pemerintahan
Kerajaan dibentuk untuk menguruskan pemerintahan di kota yang berkembang dengan pesat
Pada peringkat awal, pendeta mengetuai pemerintahan negara kota. Kemudian, peranan diambil alih oleh raja
Pembentukan bandar
Petempatan kekal dibina kesan daripada perkembangan dalam bidang pertanian
Petempatan kekal bermula dengan kewujudan kampung, kemudian apabila berlaku pertambahan penduduk, kawasan kampung berkembang menjadi bandar
Ciri - ciri bandar
Pelan susun atur bangunan dan petempatan menarik
Rumah kediaman mempunyai kediaman bilik mandi, tandas dan perigi
Terdapat kemudahan prasarana seperti rumah ibadat, pasar dan kawasan kediaman
Pengkhususan Pekerjaan
Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada pengkhususan pekerjaan
Pengkhususan pekerjaan dilakukan oleh golongan
Pegawai dalam bidang pentadbiran
Pengutip cukai
Jurutera yang mengawal sistem pengairan
Tentera
Artisan yang melakukan kerja mengukir, menempa besi dan tembikar
Petani
Pedagang dan saudagar
Teknologi
Masyarakat tamadun awal mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi
Kemahiran ini berjaya menghasilkan penciptaan barang dan monumen serta hasil pertukangan yang memberi keselesaan kepada masyarakat
Organisasi Sosial
Kemunculan institusi dan golongan pekerja telah mewujudkan kelas sosial
Jenis pekerjaan, pengaruh dan kekayaan menjadi asas kelas sosial seseorang
Agama dan Kepercayaan
Masyarakat tamadun awal mempercayai banyak tuhan seperti tuhan matahari, tuhan bulan, tuhan sungai dan tuhan ibu
Upacara keagamaan diuruskan oleh institusi keagamaan
Tempat ibadat yang besar dibina sebagai tanda penghormatan kepada tuhan
Tulisan dan Penyimpanan Rekod
Zaman Prasejarah dan zaman Sejarah dapat dibezakan melalui penciptaan tulisan
Manusia mencipta sistem tulisan dengan menggunakan abstrak simbol bagi mewakili pelbagai idea
Kesenian dan Kesusasteraan
Masyarakat tamadun awal berjaya menghasilkan seni bina dan hasil sastera yang mengagumkan
Para artis menggunakan daya dan teknik yang dapat mencerminkan budaya tamadun masing - masing