Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Jenis-Jenis Teori Perkembangan Moral - Coggle Diagram
Jenis-Jenis Teori Perkembangan Moral
Definisi teori perkembangan moral
Interaksi awal kanak kanak dengan orang dewasa
Orang dewasa sebagai modal kepada kanak-kanak
Kesan asuhan yang diterima daripada orang dewasa
Kanak-kanak akan bertingkah laku baik apabila orang dewasa menunjukkan model yang baik
Teori Perkembangan Moral Kohlberg.
Kohlberg (1969) telah memperkembang peringkat perkembangan moral kepada enam di mana setiap peringkat mewakili cara tertentu seseorang berfikir mengenai dilema moral.
Menurutnya peringkat yang lebih tinggi dalam setiap tahap adalah lebih baik dan tersusun dan mampu menggambarkan perspektif umum setiap tahap tersebut. Menurutnya lagi untuk memahami peringkat-peringkat ini adalah lebih baik untuk memahami ketiga-tiga tahap terlebih dahulu.
Tahap prakonvensional, merupakan tahap bagi kebanyakan kanak-kanak berusia kurang sembilan tahun, sedikit golongan remaja, dan banyak bagi golongan dewasa dan remaja yang terlibat dengan jenayah. Tahap konvensional pula merupakan tahap bagi kebanyakan remaja dan golongan dewasa dalam masyarakat dunia. Manakala tahap pascakonvensional pula paling kurang dicapai oleh dewasa dan selalunya dicapai oleh mereka yang telah berusia lebih dua puluh tahun.
Teori Perkembangan Moral Humanis
Teori pemebelajaran humanis member tumpuan kepada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu seperti perasaan dan emosinya. Pendekatan humanis menekankan cara pemikiran, pengamatan dan cara mengintepritasi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan dan tingkah laku moral. Ahli psikologi humanis mempercayai bahawa seseorang individu sedar dan bertanggungjawab terhadap segala tingkahlakunya.
Teori Konsep Kendiri Carl Rogers
Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai pesepsi diri sendiri tentang minat, sikap dan nilai dan kebolehan melihat pesepsi orang lain terhadap diri sendiri dengan persekitaran. Konsep kendiri positif adalah perrcaya dan yakin kepada diri sendiri secara fizikal, mempunyai minat yang objektif dan tidak terlalu sensitif.
Carl roges berrpendapat pembentukan moral yang baik adalah melalui model yang boleh dicontohi dan berpengalaman seperti ibu bapa, rakan sebaya, orang dewasa dan dirinya sendiri.
Pemupukan nilai dan keyakinan diri melalui didikan ini akan membentuk konsep kendiri yang positif.
Selain itu alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam perkembangan moral khasnya sebaran am, budaya dan penilaian masyarakat terhadap sesuatu tingkah laku.
Teori kognitif sosial oleh Albert Bandura
Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran social ( Social Learning Teory ) salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari fikiran, pemahaman dan evaluasi.
Teori kognitif sosial (social cognitive theory) yang dikemukakan oleh Albert Bandura menyatakan bahwa faktor sosial dan kognitif serta faktor pelaku memainkan peranan penting dalam pembelajaran.
Faktor kognitif berupa ekspektasi/ penerimaan siswa untuk meraih keberhasilan, faktor sosial mencakup pengamatan siswa terhadap perilaku orang tuanya.