Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Tugasan M8 Sejarah: 1 Evolusi Peta i-Think lengkap berkaitan M8 - Coggle…
Tugasan M8 Sejarah: 1 Evolusi
Peta i-Think lengkap berkaitan M8
Kelahiran Malaysia merupakan satu rahmat (Idea-idea awal pembentukan Malaysia
Idea Perancangan telah dikemukakan oleh Lord Brassey iaitu pengarah SBUB. Tunku Abdul Rahman untuk menyatukan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu untuk digabungkan
Gagasan Malaysia disokong oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 dan menyuarakan pendapat agar gagasan tersebut dapat membantu untuk menjamin kedudukan politik yang stabil, serta dapat mewujudkan bidang ekonomi dan sosial yang seimbang
Faktor-faktor yang mempengaruhi penubuhan Malaysia
Penubuhan Malaysia dapat menjamin kepentingan dan hak kaum bersama tanpa melihat kepelbagaian bangsa di Malaysia
harapan agar dapat membela masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak
Supaya negara yang berada di dalam gagasan Malaysia dapat berkongsi faedah di dalam bidang ekonomi
Gagasan Malaysia secara tidak langsung akan memberikan kemerdekaan kepada Sabah & Sarawak (tanah jajahan British), Singapura dan Brunei (naungan British)
Gagasan Malaysia dapat mengelakkan daripada ancaman dan pengaruh komunis
Proses sepanjang penubuhan Malaysia
Siri lawatan ke Sabah, Sarawak dan Brunei oleh Tunu Abdul Rahman untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat gagasan penubuhan Malaysia kepada pegawai-pegawai kanan British
Penubuhan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) untuk meyakinkan rakyat di Sabah dan Sarawak tentang gagasan penubuhan Malaysia. JSKM juga ditubuhkan untuk mendapatkan kata sepakat, mengumpulkan pandangan tentang pembentukan Malaysia dan menghebahkan perkembangan kemajuan dalam bidang pentadbiran di Tanah Melayu
Keputusan referendum Singapura mendapati rakyat di dalam Singapura bersetuju untuk bergabung di dalam gagasan Malaysia
Satu rundingan di London diadakan antara British dan Persekutuan Tanah Melayu dan kedua-dua pihak bersetuju untuk meninjau reaksi penduduk Sabah dan Sarawak di dalam pembentukan Malaysia
Diantara intipati laporan Suruhanjaya Cobbold menyatakan bahawa dua pertiga penduduk menyokong pembentukan Malaysia dan mencadangkan kuasa autonomi dan jaminan khas diberikan kepada Sabah dan Sarawak
Pembentukan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) bertujuan untuk menyediakan rangka perlembagaan dan membentuk keperluan dalam melindungi kepentingan Sabah dan Sarawak
Intipati Perjanjian MA63
Perkara 5 – menyatakan mengenai kewajipan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk mendapatkan penggubalan Akta oleh Parlimen bagi meminda skop imigresen untuk kemasukan ke Sabah dan Sarawak serta peruntukan-peruntukan khas
Perkara 6 – menyatakan mengenai Perjanjian Pertahanan Luar dan Bantuan Bersama antara Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom pada 1957
Perkara 4 – menyatakan mengenai kewajipan Kerajaan United Kingdom untuk mendapatkan penggubalan satu Akta di Parlimen United Kingdom bagi membolehkan perlepasan hak kedaulatan oleh Queen ke atas Borneo Utara, Sarawak dan Singapura
Perkara 7 – menyatakan mengenai persetujuan bagi membolehkan Queen membuat perintah mengenai pembayaran saguhati kepada para pegawai dalam perkhidmatan awam yang berkhidmat, terutama di North Borneo dan Sarawak sebelum Hari Malaysia.
Perkara 3 – menyatakan mengenai tanggungjawab kerajaan United Kingdom untuk menyerahkan kepada Queen, perintah-perintah untuk membolehkan Perlembagaan Sabah, Sarawak dan Singapura berkuatkuasa mengikut lampiran perlembagaan
Perkara 8 – menyatakan mengenai tanggungjawab Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak untuk mengambil tindakan bagi melaksanakan segala syor, jaminan dan aku janji
Perkara 2 – menyatakan mengenai kewajipan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk menggubal Perlembagaan melalui Parlimen Persekutuan dengan memastikan surat cara Perlembagaan yang dilampirkan akan menjadi suatu Akta
Perkara 9 – menyatakan mengenai keperluan menjadikan Lampiran J yang berkenaan dengan Pasaran Bersama dan perkiraan kewangan di dalam perjanjian ini dijadikan sebagai Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura.
Perkara 1 – menyatakan bahawasanya Borneo Utara dan Sarawak, dan Singapura akan disekutukan dengan Persekutuan Tanah Melayu
Perkara 10 – menyatakan mengenai keperluan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura dalam menjalankan kuasa-kuasa yang ada berkenaan siaran radio dan televisyen
Perkara 11 – menyatakan mengenai keperluan Perjanjian ini ditandatangani di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sahaja manakala setiap lampirannya hanyalah di dalam Bahasa Inggeris
Isu-Isu berbangkit dan perpisahan Singapura dari Malaysia
Pemisahan Singapura
Faktor Politik
Konflik antara pemimpin People Action Party (PAP) dengan Perikatan.
Lee Kuan Yew tidak berpuas hati dengan peranan kerajaan Singapura yang terhad
Kempen Malaysian Malaysia oleh Lee Kuan Yew menuntut hak sama rata untuk semua kaum menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk
Masalah Perkauman
Berlaku rusuhan kaum di Singapura pada
21 Julai 1964 yang menimbulkan ketegangan
antara kaum
Rusuhan ini berlaku ekoran daripada usaha
menuntut persamaan hak yang sama rata bagi
semua kaum
Faktor Ekonomi
Singapura menuntut pembukaan pasaran bersama (common market) disegerakan
Singapura tidak berpuas hati dengan cadangan tambahan cukai yang perlu diberikan kepada Kerajaan Persekutuan
Singapura juga mahu mengenakan kadar faedah terhadap sebahagian daripada pinjaman sebanyak RM150 juta kepada Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan Sarawak dan Sabah