PEMBENTUKAN MALAYSIA
Idea Awal Pembentukan Malaysia
Proses Pembentukan Malaysia
Perjanjian Malaysia 1963
Isu-su berbangkit dan perpisahan Singapura
Faktor Pembentukan Malaysia
1887 cadangan oleh Lord Brassey,Pengarah Syarikat Borneo Utara mencadangkan agar Kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah (Borneo Utara)dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat
1948, Sir Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral Asia Tenggara (1949-1952) mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei, Persekutuan Tanah Melayu digabungkan
1956, Dato Onn Jaafar mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia kerana menurut beliau pada suatu masa nanti British akan menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
Lim Yew Hock diikuti oleh David Marshall pada tahun 1955 kemudiannya Lee Kuan Yew pada tahun 1959. Lee Kuan Yew mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapuradan Persekutuan Tanah Melayu sahaja
27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah menyetujui gagasan Malaysia dan mencadangkan pembentukannya dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelpi, Singapura.
Faktor Polititik
Mengelakkan ancaman dan pengaruh komunis
Memberi kemerdekaan kepada Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei
Perkembangan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kerana beliau khuatir Singapura akan dikuasai oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, Tunku mengemukakan idea pembentukan Malaysia di mana penyertaan Singapura, Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan ianya akan menjadi benteng kukuh bagi menghadapai ancaman komunis
Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan dua wilayah ini disamping dapat mengelakkan hasrat komunis untuk membentuk tampuk pemerintahannya. selain itu, pihak British khuatir wilayah tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkan British akan hilang kepentingan ekonomi dan sosial pada masa yang akan datang
Faktor Ekonomi
Perkongsian faedah ekonomi
Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini. Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah seperti getah dan bijih timah, Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Sarawak dan Sabah pula mempunyai sumber balak
Faktor Sosial
Membela masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak
Sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di wilayah ini tidak sama dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama golongan Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dipegang oleh bangsa asing. Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan ke dalam Persekutuan Malaysia, Kemungkinan layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan, kedudukan dan keistimewaan Bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Menjaga kepentingan dan hak kaum Bumiputera
Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja, bilangan masyarakat Cina akan menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, orang Melayu kira-kira 50% dan orang Cina 36.9%. Justeru, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum Bumiputera termasuk Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. Ini bermaksud untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan Bumiputera tidak terancam, kemasukkan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar
Intipati Perjanjian Malaysia 1963
Perkara 1
menyatakan bahawasanya Borneo Utara dan Sarawak, dan Singapura akan disekutukan dengan Persekutuan Tanah Melayu dan dikenali sebagai Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura mengikut surat cara Perlembagaan yang dilampirkan pada surat perjanjian dengan penamaan Persekutuan dengan nama “Malaysia”
Perkara 2
menyatakan mengenai kewajipan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk menggubal Perlembagaan melalui Parlimen Persekutuan dengan memastikan surat cara Perlembagaan yang dilampirkan akan menjadi suatu Akta untuk dipatuhi di dalam Perlembagaan yang digubal dan akan berkuatkuasa pada 31 Ogos 1963 dan tarikh ini akan dikenali sebagai “Hari Malaysia” (tarikh ini kemudian berubah kepada 16 September 1963 disebabkan oleh beberapa hal).
Perkara 3
menyatakan mengenai tanggungjawab kerajaan United Kingdom untuk menyerahkan kepada Queen, perintah-perintah untuk membolehkan Perlembagaan negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura berkuatkuasa mengikut lampiran-lampiran perlembagaan setiap negeri tersebut yang dilampirkan bersama-sama surat perjanjian.
Perkara 4
menyatakan mengenai kewajipan Kerajaan United Kingdom untuk mendapatkan penggubalan satu Akta di Parlimen United Kingdom bagi membolehkan perlepasan hak kedaulatan oleh Queen ke atas Borneo Utara, Sarawak dan Singapura, bermula pada “Hari Malaysia” dan diserahkan kuasa itu mengikut Perjanjian dan lampiran-lampirannya.
Perkara 5
menyatakan mengenai kewajipan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk mendapatkan penggubalan Akta oleh Parlimen bagi meminda skop imigresen untuk kemasukan ke Sabah dan Sarawak serta peruntukan-peruntukan khas seperti lampiran yang tertentu yang dilampirkan bersama-sama Perjanjian ini akan tertakluk kepada penggubalan Akta tersebut.
Perkara 6
menyatakan mengenai Perjanjian Pertahanan Luar dan Bantuan Bersama antara Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom pada 1957, kini akan diperluaskan bagi semua wilayah “Malaysia” serta kebenaran untuk United Kingdom terus menggunakan pangkalan-pangkalan tentera sedia ada, terutamanya di Singapura, seperti mana dalam lampiran di dalam Perjanjian ini.
Perkara 7
menyatakan mengenai persetujuan bagi membolehkan Queen membuat perintah mengenai pembayaran saguhati kepada para pegawai dalam perkhidmatan awam yang berkhidmat, terutama di North Borneo dan Sarawak sebelum Hari Malaysia. Selain itu, ia turut menyentuh mengenai Perjanjian Pegawai Awam yang harus ditandatangani oleh Kerajaan United Kingdom dan Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia juga hendaklah memperoleh persetujuan daripada Kerajaan Sabah, Sarawak atau Singapura sebelum menandatangan perjanjian itu.
Perkara 8
menyatakan mengenai tanggungjawab Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak untuk mengambil tindakan bagi melaksanakan segala syor, jaminan dan aku janji yang terdapat di dalam Bab III dan Lampiran A dan Lampiran B Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang ditandatangani pada 27 Februari 1963 selagi mana ia tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 9
menyatakan mengenai keperluan menjadikan Lampiran J yang berkenaan dengan Pasaran Bersama dan perkiraan kewangan di dalam perjanjian ini dijadikan sebagai Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura.
Perkara 10
menyatakan mengenai keperluan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura dalam menjalankan kuasa-kuasa yang ada berkenaan siaran radio dan televisyen seperti mana termaktub di dalam Lampiran K di dalam Perjanjian ini selagi ia tidak dilaksanakan melalui Perlembagaan Malaysia.
Perkara 11
menyatakan mengenai keperluan Perjanjian ini ditandatangani di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sahaja manakala setiap lampirannya hanyalah di dalam Bahasa Inggeris. Jika kekeliruan berlaku, maka naskhah Bahasa Inggeris akan digunakan sebagai tafsiran yang sah
AHLI KUMPULAN:
click to edit
FATIN FATINAH BINTI JAMAN
NO MATRIK: D04202197
OPSYEN: SEJARAH
- Siri Lawatan
Siri Lawatan Tunku Abdul Rahman
Ke Sarawak, Sabah dan Brunei untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.Rundingan diadakan antara pegawai-pegawai kanan PTM dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengatur lawatan pemimpin Sarawak dan Sabah ke Persekutuan Tanah Melayu. Pada bulan Ogos 1962, Datu Bandar Abang Haji Mustapha, Temenggung Jugah anak Barieng, Donald Stephens dan Datu Mustapha Datu Harun mengadakan lawatan untuk meninjau kemajuan di Persekutuan Tanah Melayu.
November 1962 – Lawatan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ke Sarawak dan Sabah. Lawatan rombongan Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Ghafar Baba ke Sarawak dan Sabah. Lawatan ini menunjukkan terdapat kesepakatan dalam kalangan ahli politik di Tanah Melayu untuk menjelaskan gambaran sebenar tentang rancangan Malaysia kepada penduduk Sarawak dan Sabah.
- Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)
Malaysia Solidarity Consultative Committee (MSCC) atau dikenali sebagai Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) ditubuhkan ketika Persidangan Ahli-ahli Parlimen Komanwel di Singapura pada 23 Julai 1961. Mesyuarat JSKM diadakan sebanyak empat kali, iaitu di Jesselton, Kuching, Kuala Lumpur dan Singapura.
Peranan JSKM adalah untuk menyakinkan penduduk Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia, menyediakan ruang perbincangan untuk mendapat kata sepakat, mengumpulkan pandangan tentang pembentukan Malaysia dan untuk memupuk aktiviti penghebahan seperti mendedahkan perkembangan kemajuan dalam bidang pentadbiran serta projek pembangunan di Persekutuan Tanah Melayu.
Jawatankuasa ini terdiri daripada wakil pemimpin dari Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Donald Stephens dilantik menjadi pengerusi JSKM. Dalam mesyuarat kedua, JSKM membuat keputusan menyokong rancangan Malaysia. Jawatankuasa ini memainkan peranan penting dalam memberikan kefahaman kepada pemimpin tempatan dan mendapatkan sokongan terhadap pembentukan Malaysia.
- Referendum Singapura
Rundingan antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura yang diadakan pada bulan Ogos 1962 hingga bulan September 1962 menghasilkan persetujuan penyertaan Singapura ke dalam Malaysia.
Satu referendum diadakan di Singapura pada awal bulan September 1962 menyatakan bentuk pilihan Singapura menyertai Malaysia.
Keputusan referendum mendapati rakyat Singapura bersetuju untuk bergabung membentuk Malaysia seperti syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Keputusan ini membolehkan Singapura menyertai Malaysia
- Rundingan London
Pada bulan November 1961, rundingan berhubung dengan pembentukan Malaysia diadakan di London antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British.
Kedua-dua kerajaan bersetuju agar ditubuhkan sebuah suruhanjaya bagi meninjau reaksi penduduk di Sarawak dan Sabah.
- Suruhanjaya Cobbold
Suruhanjaya ini dibentuk secara rasmi pada bulan Januari 1962. Suruhanjaya ini melawat 35 pusat lawatan (20 pusat lawatan di Sarawak dan 15 pusat lawatan di Sabah). Menjelang bulan Jun 1962, Suruhanjaya Cobbold menyerahkan laporan kepada kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu. Antara laporan tersebut termasuklah:
Menyatakan dua pertiga penduduk menyokong pembentukan Malaysia.
Mengesyorkan agar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas Perlembagaan Persekutuan yang baharu.
Mencadangkan kuasa autonomi dan jaminan khas diberi kepada Sarawak dan Sabah yang tidak boleh dipinda atau dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan tanpa mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri berkenaan.
- Pembentukan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Diwakili oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Penubuhan JAK bertujuan menyediakan rangka perlembagaan dan membentuk keperluan melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah.
Dipengerusikan oleh Lord Lansdowne, Menteri Tanah Jajahan. • Timbalan pengerusi ialah Tun Abdul Razak Hussein. • Wakil Sarawak ialah Ketua Setiausaha, Peguam Negeri, Setiausaha Kewangan, Datu Bandar Abang Haji Mustapha, Temenggong Jugah anak Barieng, Pengarah Montegrai, Ling Beng Siew dan Chia Chin Sin. • Wakil Sabah terdiri daripada Ketua Setiausaha, Peguam Negeri, Setiausaha Kewangan, Datu Mustapha Datu Harun, Donald Stephens dan Koo Siak Chiew
JAK mempunyai lima jawatankuasa kecil:
- Perlembagaan.
- Kewangan.
- Perkhidmatan Awam.
- Perundangan dan Kehakiman.
- Organisasi Jabatan
Jawatankuasa ini mengusulkan 18 perkara bagi Sarawak dan 20 perkara bagi Sabah yang perlu dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menjamin hak serta kepentingan rakyat Sarawak dan Sabah. Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan termasuklah:
Islam ialah agama Persekutuan Malaysia tetapi
dikecualikan kepada Sarawak dan Sabah.
Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Persekutuan Malaysia
tetapi Bahasa Inggeris juga digunakan sebagai bahasa rasmi di Sarawak & Sabah.
Sistem pendidikan dikekalkan di bawah kawalan
Kerajaan Persekutuan kecuali di Sarawak dan Sabah. Sistem pendidikan di Sarawak dan Sabah kekal di bawah kawalan Kerajaan Negeri sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
Dalam Parlimen Malaysia, sebanyak 24 kerusi hendaklah
diperuntukkan kepada Sarawak, 16 kerusi kepada Sabah
dan 15 kerusi kepada Singapura.
Kuasa imigresen terletak di bawah Kerajaan
Persekutuan tetapi Sarawak dan Sabah diberi kuasa
tersendiri untuk mengendalikan hal ehwal imigresen.
Faktor Politik
Lee Kuan Yew tidak berpuas hati dengan peranan kerajaan Singapura yang terhad.
Konflik antara pemimpin People Action Party (PAP) dengan Perikatan.
Kempen Malaysian Malaysia oleh Lee Kuan Yew menuntut hak sama rata untuk semua kaum menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk.
Faktor Ekonomi
Singapura menuntut pembukaan pasaran bersama (common market) disegerakan
Singapura tidak berpuas hati dengan cadangan tambahan cukai yang perlu diberikan kepada Kerajaan Persekutuan.
Singapura juga mahu mengenakan kadar faedah terhadap sebahagian daripada pinjaman sebanyak RM150 juta kepada Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan Sarawak dan Sabah.
Masalah Perkauman
Telah berlaku rusuhan kaum di Singapura pada 21 Julai 1964 yang menimbulkan ketegangan antara kaum.
Rusuhan ini berlaku ekoran daripada usaha menuntut persamaan hak yang sama rata bagi semua kaum. Perkara ini menjadi isu antara kaum.
Pemisahan Singapura dari Malaysia
29 Jun 1965
Kegagalan rundingan Tun Abdul Razak Hussein dengan Lee Kuan Yew.
1 Julai 1965
Setelah rundingan tidak berjaya, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengarah Tun Abdul Razak Hussein bermesyuarat dengan beberapa menteri seperti Dr. Ismail Abd Rahman, Tan Siew Sin dan V. T. Sambanthan untuk berbincang tentang pemisahan.
Awal Ogos 1965
Mesyuarat Khas Kabinet Malaysia bersetuju dgn rancangan pemisahan.
7 Ogos 1965
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan Lee Kuan Yew menandatangani persetujuan untuk Singapura keluar Malaysia.
9 Ogos 1965
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membawa usul pemisahan Singapura ke dalam Parlimen Malaysia. Parlimen meluluskan rang undang-undang pemisahan Singapura.
click to edit
Opsyen: Sejarah
No. Matrik: D04202220
Nur Aimira Fardilla Abd Latif