Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
2 (TAKRIFAN FALSAFAH, FALSAFAH TEORITIKAL, FALSAFAH PRAKTIKAL, FALSAFAH…
2
TAKRIFAN FALSAFAH
TAKRIF PERTAMA
Falsafah ataupun philosophy berasal dari perkataan Greek iaitu philosophia. Philo bermaksud cinta dan Sophia bermaksud kearifan iaitu cinta kepada kearifan (love of wisdom).
Penekanannya adalah terhadap kehidupan iaitu falsafah bertujuan untuk memberikan kita satu panduan tentang bagaimana untuk melahirkan suatu kehidupan yang baik yang membawa kepada kebahagiaan.
-
TAKRIF KETIGA
Falsafah dilihat sebagai suatu aktiviti intelektual yang cuba menyelesaikan masalah-masalah falsafah.
Penekanan diberikan kepada:
1.Apakah masalah falsafah tersebut?
2.Apakah penyelesaian dan bentuk-bentuk penyelesaiannya?
Falsafah telah beralih arah kepada suatu bidang yang bersifat akademik yang cuma menghuraikan persoalan-persoalan intelektual dengan penyelesaian-penyelesaian yang tertentu tanpa mengaitkannya dengan kearifan dan kehidupan manusia.
FALSAFAH TEORITIKAL
METAFIZIK
Mengkaji persoalan:
1.Apakah yang dimaksudkan dengan realiti itu?
2.Apakah realiti perkara yang wujud itu?
-
LOGIK
Logik dalam bentuk logik matematik begitu abstrak sekali sehingga ianya tidak mempunyai kegunaan secara langsung.
EPISTEMOLOGI
Menjawab persoalan-persoalan:
- Apakah sifat ilmu itu?
- Apakah ilmu itu boleh dipercayai ? Jika boleh atas dasar apa?
Jadi, ianya bukan merujuk kepada mana-mana ilmu-ilmu yang tertentu ataupun disiplin-disiplin ilmu yang khusus tetapi ilmu secara menyeluruh.
Jadi, ianya bukan merujuk kepada mana-mana ilmu-ilmu yang tertentu ataupun disiplin-disiplin ilmu yang khusus tetapi ilmu secara menyeluruh.
FALSAFAH PRAKTIKAL
-
FALSAFAH POLITIK
Memberi hasil yang praktikal dan boleh menjadi nasihat kepada kerajaan tentang bagaimana untuk mentadbir sesuatu negara itu dalam sistem kerajaan seperti demokrasi dan sebagainya.
Plato dalam bukunya ‘The Republic’ menganjurkan satu masyarakat yang ideal, prinsip-prinsip politik yang ideal yang mungkin boleh dipraktikkan oleh sesuatu pemerintah itu.
FALSAFAH-FALSAFAH BARU
FALSAFAH ALAM SEKITAR
Wujud kerana adanya masalah-masalah alam sekitar yang telah melanda manusia dan tamadun kita pada masa kini hingga mencetuskan satu krisis yang disebut sebagai ecological cricis.
Persoalan-persoalan yang timbul:
- Apakah hubungan manusia dengan alam sebenarnya?
- Apakah makna alam ini bagi kehidupan manusia?
- Adakah alam ini hanya untuk manusia menggunakan bagi kepentingan ekonominya bagi keselesaan atau adakah alam ini sesuatu yang lebih dari sumber ekonomi semata-mata?
Kalau kita menganggap alam ini adalah sesuatu yang merupakan tempat kita bernaung, tempat kita mencari rezeki dan tempat kita menjalinkan hubungan yang harmoni antara manusia dan manusia, manusia dan alam sekitar dan persekitarannya sudah tentulah etika yang timbul terhadap alam sekitar akan berbeza.
FALSAFAH TEKNOLOGI
Wujud kerana munculnya teknologi-teknologi baru yang kemunculannya begitu pesat selepas revolusi industri yang kedua di abad yang ke-19.
Timbul persoalan:
- Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi?
- Apakah hubungan teknologi dengan manusia?
Apakah sifat teknologi itu sendiri?
- Adakah teknologi boleh kita anggap sebagai sambungan kepada diri manusia (is technology an extension to the human itself?) ataupun teknologi itu dianggap sebagai sesuatu yang boleh mengancam kemanusiaan itu sendiri ?
Misalnya teknologi membuat bom atom, senjata-senjata nuklear, ataupun teknologi berasaskan artificial intelligence yang boleh menghasilkan robot-robot yang mungkin mengambil alih kehidupan manusia suatu hari nanti.