Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENDEKATAN INDUKTIF, PENDEKATAN DEDUKTIF, PENDEKATAN QUDWAH HASANAH,…
PENDEKATAN INDUKTIF
KELEBIHAN
Kelebihan pendekatan induktif ialah pendekatan ini dapat mengasah kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan mereka perlu menggunakan keupayaan mental untuk mengenal pasti rumus-rumus yang menjadi dasar kepada pembentukan sesuatu ayat. Selain itu, daya kefahaman dan ingatan murid terhadap isi pelajaran dapat dipertingkatkan kerana mereka sendiri yang terlibat dalam pengesanan rumus. Pendekatan ini juga melibatkan penyerapan yang aktif dalam kalangan pelajar. Melalui pendekatan ini, strategi perbincangan dapat digalakkan kerana tugas menentukan rumus dibuat oleh murid-murid sendiri dengan ini suasana pembelajaran akan menjadi lebih hidup. Kelebihan lain menggunakan pendekatan ini ialah kemahiran lisan dapat disuburkan kerana pendekatan ini memerlukan perbincangan yang banyak di dalam bilik darjah dan juga murid-murid tidak begitu dibebani dengan rumus-rumus pada peringkat awal pembelajaran sebaliknya mereka didedahkan dengan pelbagai contoh penggunaan terlebih dahulu. Justeru itu perkara ini boleh mengurangkan kebosanan mereka.
KEKURANGAN
Kelemahaan pendekatan ini adalah pengajaran yang dilakukan mengambil masa yang panjang kerana guru perlu membimbing murid mengesan rumus. Sekiranya sesebuah kelas itu terdiri daripada murid-murid yang ramai jumlahnya, penjurusan fikiran ke satu arah sukar dibuat kerana setiap murid mempunyai fikiran, pendapat dan pemahaman yang berbeza. Bagi murid-murid yang lemah pula, pendekatan ini akan menimbulkan masalah kerana adalah sukar bagi mereka untuk memikirkan rumus-rumus daripada contoh-contoh ayat yang diberikan.
PENDEKATAN DEDUKTIF
KELEBIHAN
Pendekatan ini sesuai digunakan kerana secara tradisinya, guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Menjimatkan masa dan tenaga serta tidak perlu membuat banyak persediaan. Cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.
KEKURANGAN
Pendekatan ini sesuai untuk murid yang pandai sahaja. Pelajar menjadi kurang aktif di dalam kelas. Membosankan dan mengongkong kreativiti murid.
-
PENDEKATAN BERSEPADU
KELEBIHAN
i) Mempunyai semangat saling bergantung:-mempunyai semangat saling bergantung ke arah mencapai prestasi yang cemerlang. ii) Kemahiran Sosial yang penting untuk berkomunikasi: Mempunyai kemahiran sosialisasi yang baik dengan tidak menira agama, bangsa, jantina dan budaya. iii) Kesedaran akuntabiliti individu sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggotanya. iv) Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa kesemasa untuk memastikan kelancaran aktiviti. v) Perkara-perkara kecil yang terpencil dan terasing tetapi penting dapat digabungkan dalam proses pembelajaran. vi) Dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam sesuatu proses pembelajaran kanak-kanak. vii) Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapat wujud sebagai satu mata kanak-kanak.
KEKURANGAN
1) Tumpuan tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada keseluruhan murid kerana jumlah murid yang ramai. 2) Kawalan kelas yang tidak menyeluruh menyebabkan kelas tidak teratur dan tidak bagus. 3) Faktor masa yang terhad diperuntukkan untuk guru. 4) Potensi murid yang berbeza-beza dalam kelas menyukarkan guru semasa proses pembelajaran.