Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kepentingan Falsafah Pendidikan Kepada Guru. - Coggle Diagram
Kepentingan Falsafah Pendidikan Kepada Guru.
Pengenalan Kepada Falsafah Pendidikan Guru
Untuk melahirkan guru yang berkualiti dari segi sosia
Guru juga perlu mempunyai penguasaan terhadap ilmu dan kemahiran keguruan
Guru itu bukan hanya perlu memberikan didikan akademik, tetapi dia juga perlu menyelitkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian
Falsafah Pendidikan Guru
Guru mestilah seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
Falsafah pendidikan guru telah digubal berasaskan model konseptual pendidikan guru.
Mengamalkan ilmu dan bersedia menjadi pelajar seumur hidup.
Seseorang guru perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru
Budaya ilmu haruslah dibentuk semasa menuntut ilmu dan ianya hendaklah dipupuk dalam diri seorang guru
Mengamalkan kemahiran professional.
Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah
Para pelajar mestilah dididik menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi untuk melahirkan pelajar yang terdidik
Peka dengan segala perkembangan dalam bidang pendidikan
Guru yang menjadikan Falsafah pendidikan Guru sebagai panduan juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini
Mok Soon Sang (2007), menegaskan bahawa guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan terhadap pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai satu proses pembelajaran.
Seorang guru perlu peka terhadap keperluan pendidikan yang terkini.
Cenderung mengamalkan pengajaran yang efektif
Guru yang efektif sentiasa mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan juga dari segi penilaian pengajaran.
Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990) menyatakan bahawa keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan dan penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran
Cohn et al, (1987) juga telah menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru haruslah membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran.
Dapat menentukan cara setiap murid belajar dengan kaedah yang sesuai
Guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti dalam p&p. :
Guru hendaklah mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai
Guru juga perlu membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu
Berpegang teguh kepada agama.
Seseorang guru hendaklah menjaga perkataan dan lidahnya iaitu tidak memfitnah dan mengumpat sebaliknya berkata yang benar.
guru yang berpegang teguh dengan ajaran agama sentiasa mengajar hanya untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan semasa hidup di dunia dan juga akhirat.
Terdorong untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
Dapat menjadikan proses dalam mendidik para pelajar akan menjadi lebih mudah
Penerokaan ilmu melalui internet dalam bahasa inggeris secara tidak langsung akan menjadikan seseorang guru bersifat lebih terbuka dan dapat mengakses pelbagai ilmu yang pelbagai
Berusaha meningkatkan penguasaan bidang ilmu dan kemahiran
guru semestinya perlu menguasai kandungan ilmu dalam mata pelajaran yang diajar, mahir mengaplikasikan teori pertumbuhan dan perkembangan manusia dan berupaya menjadi fasilitator yang baik.
Hal ini dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran yang ada pada diri demi meningkatkan prestasi masing-masing untuk menjadi seorang guru yang berkaliber.
Berupaya memberi sumbangan dalam komuniti
Guru perlu melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi kerana inilah sumbangan yang perlu dilakukan oleh setiap guru
Ustaz-ustaz yang menyampaikan ilmu kepada masyarakat melalui penyampaian kuliah maghrib di masjid menunjukkan mereka sangat mengambil berat terhadap keperluan masyarakat islam untuk mempelajari ilmu agama.
Berusaha meningkatkan penguasaan dalam bidang ICT.
Guru perlu sentiasa mengaplikasikan penggunaan ICT di dalam p&p, pastinya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan seterusnya sikap pelajar untuk mencintai ilmu dapat dipupuk di kalangan pelajar
Pengusaan ini akan akan membuatkan pelajar berasa seronok untuk belajar, tidak jemu, tidak malas dan tidak mengantuk.
Berusaha menjadi contoh teladan yang baik
Tingkah laku guru adalah contoh teladan kepada para pelajar.
Guru juga perlu memastikan pembentukan sahsiah pelajar termasuk pembentukan dan perkembangan dalam aspek jasmani, rohani, intelek dan emosi supaya para pelajar berupaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi, harmonis dan juga seimbang.