Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC) - Coggle Diagram
MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC)
PENGENALAN
kursus pembelajaran dalam talian (online) yang terbuka secara percuma.
ISU DAN CABARAN
Tidak ramai menyertai sehingga ke penghujung kerana berasa kurang bermotivasi dan para peserta juga beranggapan MOOC ini kurang nilai.
Kurang penyelidikan terutamanya mengenai sistem bantuan yang diperlukan oleh sesuatu universiti dan institusi
Maklum balas yang diperoleh dan panduan yang kurang jelas juga menjadi punca permaslahan jika dibanding maklumat yang disampaikan di dalam kelas dan kuliah
Memandangkan MOOC ini bersifat terbuka akan tetapi sukar menyebarkan secara global kerana kandungan pengajaran itu perlu diterjemah dahulu supaya boleh digunakan oleh orang yang berbahasa lain.
Kerja atas talian ini kurang bersifat individu dan melibatkan aktiviti dan tugasan yang berkumpulan.
PENGERTIAN
Open yang membawa maksud terbuka dan percuma. Ini bermakna MOOC boleh diakses secara percuma, kandungan di dalamnya bersifat terbuka dan pendaftaran juga terbuka di mana semua orang boleh mendaftar masuk.
Online yang membawa maksud “dalam talian”. MOOC dilaksanakan secara dalam talian. Oleh itu bilik darjah bukan lagi menjadi satu-satunya tempat untuk menimba ilmu, MOOC boleh diakses di mana jua dan bila-bila sahaja kerana tiada batasan waktu.
Course membawa maksud kursus. Sehingga kini, MOOCs Malaysia menawarkan 63 kursus yang menarik, dan seramai 137,946 pelajar daripada lebih 80 negara mengikuti MOOC Malaysia.
Massive yang membawa maksud besar-besaran dan luas, Ini bermakna MOOC ini adalah satu aplikasi dimana ramai orang boleh turut serta.
SEJARAH PENGGUNAAN
Mula diperkenalkan pada tahun 2008 oleh Dave Cormier dan Bryan Alexander setelah mereka menghadiri satu kursus berdasarkan teori Connectivisme yang dikendalikan oleh George Siemens dan Stephen Downes di Universiti Manitoba, Kanada.
Pada ketika itu kursus CCK08 mempunyai seramai 25 orang pelajar yang mendaftar secara berbayar manakala 2300 orang pelajar yang lain telah mendaftar secara percuma
Mereka melihat bahawa pengetahuan boleh dikongsikan dengan semua orang di seluruh dunia dan merasa teruja dengan interaksi serta hubungan secara maya yang dapat dilakukan menerusi perbincangan dalam talian secara aktif.
Oleh yang demikian bagi memanfaatkan penggunaan internet dengan menghubungkan (connective) setiap individu yang ingin belajar, berkongsi ilmu secara meluas serta mahu melihat sejauh mana ia boleh pergi maka terhasillah MOOC.
KELEBIHAN
Boleh diakses secara atas talian oleh sesiapa sahaja dan aplikasi ini merupakan aplikasi terbuka dan percuma
Memberikan manfaat kepada perlbagai pihak
Memudahkan sesiapa sahaja yang ingin belajar secara atas talian dalam pebagai bidang yang ingin diceburi
Sesuai bagi mereka yang gemar membahagikan masa antara kerja dan pengajian kerana MOOC memberikan mereka untuk belajar di peringkat mereka sendiri tidak seperti belajar di institusi pendidikan tinggi biasa.
Pelajar dapat berinteraksi dengan rakan kursus yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan yang berbeza.
KANDUNGAN BAHAN DALAM MOOC
Platform yang dipilih untuk menyampaikan MOOC diMalaysia adalah Open Learning
Open Learning menyediakan paltform yang menarik seperti forum untuk membolehkan pelajar memberi dan menerima komen dan seterusnya menggalakkan interaksi sambil belajar.
Kandungan bahan kursus yang sering kali dimuatnaik oleh pengguna MOOC termasuklah video, tugasan dan kuiz (Derek Bruff et al., 2012; Watter Abeer & Barak Miri, 2014).
KEKURANGAN
Menurut BPDA Detroit Chapter (n.d), bagi pelajar yang mengikuti kursus dari portal MOOC yang percuma dikhuatiri mempunyai isu berkaitan dengan tahap motivasi yang rendah. Ini adalah kerana, ia adalah suatu program berbentuk sukarela, dan pelajar tidak akan dikenakan penalti sekiranya gagal menamatkan kursus dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Laporan O’Connor (2014) menunjukkan bahawa sebilangan besar peserta kursus atas talian yang percuma lebih cenderung untuk meninjau sahaja bahan-bahan P&P yang dimuatkan dalam portal berbanding dengan melengkapkan suatu kursus sehingga memperolehi sijil perakuan tamat kursus.
Sebahagian kursus memerlukan pengguna untuk mendaftar dan membayar yuran mengikuti kursus.