Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC) - Coggle Diagram
MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC)
KONSEP
Rentetan daripada inisiatif sumber pendidikan terbuka atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Open Educational Resources (OER)
Kursus dalam talian bertujuan untuk penyertaan interaktif besar-besaran dan akses terbuka melalui laman web (Abdul Halim & Aris, 2017)
Pembelajaran atas talian yang boleh diakses oleh setiap orang diseluruh pelusuk dunia dengan percuma (Kop & Carroll, 2011)
MOOC merupakan pembelajaran dalam talian bertaraf global yang mampu menampung kapasiti pelajar pada skala yang besar (Nordin, Norman, & Embi, 2015).
CONTOH BAHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN
Kandungan bahan kursus yang sering kali dimuatnaik oleh pengguna MOOC termasuklah video, tugasan dan kuiz
Video boleh bertindak menggantikan kuliah bersemuka antara pensyarah dengan pelajarnya, yang merupakan interaksi paling penting untuk berhubung dan menerangkan setiap perkara yang terdapat dalam kursus tersebut.
PENGGUNAAN MOOC SEBAGAI SATU INOVASI DALAM DUNIA PENDIDIKAN
MOOC dapat membantu pensyarah untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka di samping dapat menerapkan kemahiran teknologi untuk seiring dengan pendidikan 4.0 ketika ini
Penggunaan MOOC juga menjadi satu usaha para pensyarah untuk meningkatkan kemahiran teknologi mereka dan mngubah corak pengajaran daripada kebiasaan pengajaran secara tradisional kepada pengajaran moden menggunakan teknologi.
MOOC membolehkan pelajar berinteraksi dengan rakan kursus yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan yang berbeza serta berkongsi pandangan dan idea.
ISU DAN CABARAN
Cabaran mengenai komitmen pelajar dari aspek time consuming dan peruntukan masa untuk menyelesaikan tugasan dalam MOOC
Sifat kendiri pelajar
Limitasi kandungan dan peruntukan kadar peratus penglibatan pelajar turut menjadi halangan dalam MOOC
Halangan utama penggunaan MOOC dalam pdp ialah sumber liputan internet atau wifi yang rendah.
Beberapa isu lain berkenaan MOOC juga turut didapati oleh Motzo dan Proudfoot (2017) berkaitan dengan maklumbalas kepada pertanyaan, mengawal perbincangan, rekabentuk tugasan untuk aktiviti kolaboratif, isu budaya dan kesedaran sesitiviti serta isu pengekalan.
Buhl dan Andreasen (2018) turut menghujahkan isu dan cabaran penggunaan MOOC dari aspek pedagogi dan cabaran yang paling penting mengenai penggunaan MOOC adalah tentang bagaimana penilaian pembelajaran pelajar.
Aspek cabaran yang lain juga boleh dilihat dari sudut pereka bentuk platform MOOC itu sendiri. Galakan kerjasama, penglibatan peserta, pembangunan video, dan kekangan masa adalah cabaran reka bentuk utama yang dialami oleh para pengajar semasa proses reka bentuk